A- A A+

 

Kenali Miz Adlina Batrisyia Indra

Tempat Lahir : Papar, Sabah


Tentang Miz Adlina Batrisyia Indra

Miz Adlina Batrisyia Indra juga dikenali sebagai Btris Indra yang dilahirkan pada 24 Januari 2001. Beliau berasal dari Papar, Sabah namun sering berpindah randah disebabkan perkerjaan ibu bapanya. Dari situ, beliau telah mendapat pengalaman dan ilham untuk mula menulis.

Btris mula menulis sejak usia 10 tahun. Beliau memulakan penulisannya dengan menulis cerita pendek, tetapi malangnya beliau tidak ingat dimana ia disimpan dan tidak dapat ditemui sehingga kini. Btris kemudian meneruskan penulisannya dengan menulis puisi setelah membaca banyak buku puisi oleh penulis kegemarannya, Lang Leav. Pada tahun 2019, ibu bapa Btris menyedari keupayaannya sebagai seorang penulis, oleh itu pertemuan dengan Datuk Jasni Matlani untuk menerbitkan penulisannya. Pada usia 18 tahun, dia berjaya menerbitkan buku pertamanya berjudul, Scars. Selain daripada menulis puisi, beliau juga berbakat dalam menulis lagu kerana gitar merupakan kawannya yang paling dekat.

Btris menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Rimba Sandakan tetapi kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sentosa Sibu sehingga Darjah 6. Beliau meneruskan pendidikannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Lima Sibu selama setahun dan berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mary Papar selama dua tahun. Kemudian, beliau menamatkan pengajiannya selama dua tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Benoni.

Kini, Btris melanjutkan pengajiannya dalam jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau berharap untuk menjadi hakim seperti ayahnya. Walaubagaimanapun, beliau tidak akan melupakan semangatnya dalam penulisan. Btris ingin menulis lebih banyak buku dengan pelbagai jenis genre pada masa akan datang.

 


 

Buku oleh Miz Adlina Batrisyia Indra

Pengarang Tempatan Kami

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.