![]() |
Kenali Wilyawaty Dzulkiflie Tempat lahir: Nabawan, Sabah |
Tentang Wilyawaty Dzulkiflie
Dilahirkan di Nabawan, Sabah pada 17 Februari 1981. Mendapat pendidikan awal di SMK Tenom, Tenom sebelum melanjutkan pelajaran di Peringkat Diploma Pengurusan Ladang di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah. Juga berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi dan Pengurusan Perladangan dan ketika ini sedang mengikuti Pengajian Luar Kampus di Peringkat Ijazah Sarjana Eksekutif Sains Pentadbiaran di Univerisiti Teknologi MARA Cawangan Sabah. Berkerja di sebuah Syarikat Swasta di Kota Kinabalu, Sabah dalam bidang Operasi & Jualan sejak tahun 2007. Merupakan seorang yang aktif dalam berpersatuan di dalam Syarikat tersebut.