A- A A+

Kenali Witer Gunik

Tempat lahir: Kg. Marakau, Ranau.

Tentang Witer Gunik

Di lahirkan pada 23 Mei 1969 di Kampung Maraku, Ranau. Beliau bersekolah di - Sk. Marakau (1975-1980) SMK Mat Salleh Ranau (1981-1987). Pada tahun 1991-1993, beliau mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu. Beliau menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda di Universiti Putra Malaysia (1998-2001) dalam bidang Bahasa Melayu & Lingustik/ Penulisan & Kewartawanan. Pada tahun 2009-2011, beliau mengikuti pengajian Sarjana dalam bidang Pengurusan Pendidikan di Universiti Utara Malaysia.

Cerpen-cerpen dalam kumpulan ini telah disiarkan dalam Borneo Mail, The New sabah Times, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Beliau memenangi hadiah Sastera Sabah 2000/2001 dalam kategori cerpen dalam Bahasa Melayu. Salah sebuah cerpen beliau, “Tagung”, terhimpun dalam kumpulan cerpen Madu Ilmu yang dipilih sebagai buku teks bagi subjek kesusateraan melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia bermula pada tahun 2010.

Selain menulis, beliau juga meminati bidang seni lukis dan pernah menjadi penyumbang ilutrasi bagi cerpen-cerpen yang disiarkan dalam akhbar Borneo Mail (1991-1994). Beliau telah menghasilkan nivel pertama dalam Bahasa Kadazan Dusun, Songgorib (Pena Magis, Publishing, 2013) yang bakal diterjemah ke dalam bahasa Melayu.

 


Pengarang Tempatan Kami

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.