![]() |
Kenali Rodiah Haji Said Tempat lahir: Takuli, Beaufort Tahun Lahir: 1978 |
Tentang Rodiah Haji Said
Rodiah Haji Said mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Takuli, kemudian di Sekolah Menengah Saint John, Beaufort (SPM 1995), Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort (STPM 1997) dan Diploma Kesetiausahaan di Kinabalu Commercial College (2004). Ketika di Sekolah Menengah, beliau pernah mewakili sekolah dalam Sayembara Menulis Esei Antidadah Peringkat Negeri Sabah (1996 ).
Beliau berkarya dalam genre puisi, cerpen dan novel. Karya-karya beliau pernah tersiar di akhbar tempatan dan kebangsaan seperti Harian Ekspress, Sabah Times, Utusan Borneo, majalah Waadah DBP Cawangan Sabah, majalah Jendela DBP Cawangan Sabah, Solusi, Dewan Sastera dan Berita Harian.
Antara hadiah yang telah dimenangi oleh Rodiah Haji Said adalah saguhati dalam Sayembara Menulis Novel anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (2012), juara Sayembara Menulis Cerpen Peringkat Negeri Sabah anjuran Perpustakaan Negeri Sabah ( 2014 ), juara Sayembara Cerpen SEDCO-BAHASA ( 2015 ), saguhati dalam Sayembara Puisi Hari Malaysia anjuran Kerajaan Negeri Sabah – DBP ( 2015 ), juara Sayembara Cerpen Harian Ekspress – BAHASA ( 2016 ) dan Sayembara Puisi Islam Mahrajan Nusantara 2016. Beliau juga merupakan setiausaha dua bagi Persatuan Badan Bahasa Dan Sastera Sabah (BAHASA).