BACAKAN UNTUKKU, satu buku setiap hari merupakan kempen oleh MASH- SAS (kerjasama antara Malaysian Association of Speech and Hearing dan Sabah Audiologist & Speech Therapist)
Kami berikhtiar untuk menggalakkan rakan-rakan di Sabah dan di seluruh Malaysia untuk lebih aktif berkongsi buku dengan anak-anak mereka dalam usaha membina komuniti yang mempunyai pertuturan, bahasa dan literasi yang lebih mantap.
Bagaimana anda boleh membantu?
- PERHATI banner di jalan raya, ia digantung dalam 3 bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Kadazandusun).
- TONTON video berinformasi untuk memahami kelebihan membaca untuk anak anda.
- BELI pelekat kereta (saiz 10x40cm) pada harga Rm10 sekeping (tidak termasuk pengeposan RM3.00 untuk biasa dan RM8.00 untuk poslaju) untuk menyebarkan mesej dengan lebih meluas.
- DATANG ke perpustakaan Tg. Aru untuk sesi bercerita kanak-kanak pada 6 Julai 2019! Butiran seperti di bawah.
Terima kasih kerana menyayangi komuniti kita dan menyokong usaha ini.
Hubungi atau Whatssapp ke 0198958733 (Fitri) & 0123152799 (Pamela) untuk tempahan atau untuk maklumat lanjut.