BULAN PENGAMPUNAN PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 16 OGOS – 16 SEPTEMBER 2022
Pengguna yang dikasihi,
Sukacita dimaklumkan bahawa Bulan Pengampunan bagi tahun 2022 akan dilaksanakan bermula pada 16 ogos sehingga 16 september 2022.
Sempena Bulan pengampunan tersebut tidak ada denda dikenakan bagi buku-buku, bahan terbitan berkala dan sumber media yang lewat dikembalikan. Walau bagaimanapun, yuran pendaftaran/ pembaharuan keahlian serta pembayaran bagi buku hilang semasa dalam pinjaman hendaklah dijelaskan seperti biasa.