Select your language

Kenali Datuk Jamdin Buyong

Tempat lahir: Putatan, Sabah

Tahun lahir: 1946

Tentang Datuk Jamdin Buyong

Datuk Jamdin Buyong merupakan salah satu tokoh Sabahan paling terkenal yang tidak hanya telah memartabatkan sastera dan bahasa di negeri Sabah, tetapi beliau juga banyak membuat sejarah di Sabah. Beliau juga merupakan pelopor penyiaran bahasa Bajau di radio-radio, menyumbang ke arah pengembangan muzium di Sabah dan memainkan peranan penting dalam memperkasakan serta memartabatkan bahasa Melayu di negeri kita. Pencapaian tinggi beliau adalah ketika dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga beliau bersara pada usia 66 tahun di tahun 2012.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kerajaan pada tahun 1952 sehingga 1959 dan pendidikan menengah di Sekolah Maktab Sabah, namun disebabkan keadaan yang tidak dapat dielakkan, beliau terpaksa berhenti sekolah. Walaubagaimanapun, dengan nekad dan ketekunannya, beliau menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara peribadi melalui ujian kelayakan dan lulus dengan cemerlang. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang kewartawanan dan sastera di Writing School, England.

Setelah menamatkan pengajian, Datuk Jamdin Buyong kembali ke tanah air dan mula bekerja sebagai wartawan dan penolong penyunting di Sabah Times. Pada tahun 60-an, beliau bekerja sebagai penyiar radio dan pembaca berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Semasa menjadi wartawan, antara jawatan yang disandang oleh beliau adalah; Ketua Pengarang Sabah Times, sebelum menjadi Ketua Penyunting Daily Express pada tahun 1969. Lebih dari setahun kemudian, beliau meletak jawatan dan menyertai Perkhidmatan Awam Negeri dan diberi kepercayaan untuk menjadi penterjemah, setiausaha dan akhirnya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Bahasa Melayu Biro di Pejabat Perdana Menteri pada tahun 1977.

Pada usia 56 tahun, beliau dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk menjadi anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dari tahun 2002 hingga 4 September 2012. Semasa di SPR, beliau merupakan individu yang paling pakar dalam membetulkan penggunaan bahasa Melayu yang digunakan untuk komunikasi dan penerbitan dalam urusan Suruhanjaya Pilihan Raya.

 


 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca semua buku yang bagus layaknya sebuah percakapan dengan pemikiran terbaik di abad-abad sebelumnya." - Rene Descartes

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.