Select your language

 

Kenali Dr. Rosliah Kiting

Asal/ Tempat Lahir: Tamparuli, Sabah

 


 

Tentang Dr. Rosliah Kiting

Dr. Rosliah Kiting telah dilahirkan pada  Mei 1968 di Kg. Rangalau Lama Tamparuli.  Beliau merupakan anak pertama daripada 8 orang adik beradik dan memulakan pendidikan sekolah rendah di SK. Rangalau Lama kemudian ke SMK Tun Fuad Stephen Kiulu, Tuaran.  Sebaik sahaja selesai SPM, beliau melanjutkan pengajian di Sabah Business Training Center dan memperolehi Business Studies Certificate pada tahun 1987.  Beliau menggunakan sijil ini untuk bekerja sebagai kerani akaun di Hotel Rakyat Kota Kinabalu pada November 1987.  Pada tahun 1988, beliau melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Kent dan memulakan tugas sebagai guru pada Disember 1990.  Beliau menduduki STPM sebagai calon persendirian pada tahun 1997 dan meneruskan pengajian secara sambilan sehingga memperolehi  Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya pada tahun 2003 dan Ijazah Sarjana  di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2006. PhD diperolehi di Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2016 dengan biasiswa daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Dr. Rosliah Kiting menamatkan zaman bujangnya dengan melangsungkan perkahwinan bersama dengan Fabian Daransun (arwah) pada tahun 1991 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu dua perempuan dan empat orang lelaki.  Kedua-dua anak perempuan beliau memilih bidang perubatan dan anak-anak lelakinya memilih bidang pendidikan.  Anak pertama telah bertugas sebagai guru manakala anak kedua sebagai Doktor Perubatan. Empat lagi sedang belajar di Universiti.

Dr. Rosliah Kiting juga merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak dan mempunyai pengkhususan dalam bidang Bahasa Kadazandusun.  Beliau pernah memegang jawatan sebagai guru di Kementerian Pelajaran Malaysia selama 19 tahun, Guru Bahasa Sambilan, Universiti Malaysia Sabah, Tutor di Malaysia Open University, Academic Fasilitator di E-Asia University dan Pensyarah Sambilan di Kolej Yayasan Sabah.

Dr. Rosliah Kiting sangat giat dalam penyelidikan dan penulisan Sastera, Bahasa dan Budaya Kadazandusun, dan telah menghasilkan lapan (8) buah buku penerbitan sebagai penulis bersama, enam (6) buah buku sebagai penulis bab, beberapa cerpen dan puisi untuk penerbitan buku Nusantara, beberapa artikel dalam prosiding, majalah serta penerbitan atas talian. Beliau juga turut aktif menulis puisi-puisi etnik Kadazandusun dalam surat khabar New Sabah Times, Utusan Borneo dan Catholic Sabah.  Selain daripada itu, beliau telah menghasilkan beberapa artikel dan telah membentangkan kertas kerja seminar di Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa yang berkaitan dengan Bahasa, Sastera dan Budaya Kadazandusun.  Merupakan juga penggubal Kurikulum Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah dan Universiti di samping menjadi penulis dan panel penilai buku teks Bahasa Kadazandusun.

Dr. Rosliah Kiting sangat aktif dalam beberapa persatuan terutamanya Kotinanan Koborosuratan om Koubasanan Kadazandusun Murut sebagai Pengerusi, Persatuan Penulis Etnik Momogun Malaysia dengan memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden I, Ketua Juruaudit Koperasi Pisompuruan Kg. Tiong Gondohon dan Kg. Puhus Tamparuli, Ahli Persatuan Wanita  (PEWARIS), Ahli Persatuan Kakitangan Akademik (PEKA), Ahli Sahabat PDRM,  dan Ahli Program Teman Pili Bomba , Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia Negeri Sabah. 

Anugerah yang pernah diterima:

  • Anugerah Guru Berpotensi tahun 1991
  • Anugerah Perkhidmatan Guru Cemerlang tahun 1992
  • Anugerah Perkhidmatan Guru Cemerlang tahun 1994
  • Anugerah Perkhidmatan Guru Cemerlang tahun 2006
  • Tokoh Kesusasteraan Kadazandusun tahun 2016
  • Tokoh Dayak 2018

Alamat lengkap:

Dr. Rosliah Kiting
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Jabatan Bahasa dan Kesusteraan Melayu
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan

Emel : rosliah@fbk.upsi.edu.my
Tel Pejabat : 054506285
No Fax: 054583603
H/P: 0138761011

 


 

Buku-buku oleh Dr. Rosliah Kiting

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca semua buku yang bagus layaknya sebuah percakapan dengan pemikiran terbaik di abad-abad sebelumnya." - Rene Descartes

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.