Select your language

INTERVENSI DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH

Penulis
MOHD. NAZRI MOHD. DAUD

Terbitan
KOTA KINABALU, SABAH: PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, 2024, 77 MUKA SURAT.

 Ulasan oleh Elvena Lee, Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Sipitang

Buku Intervensi dalam Penyalahgunaan Dadah membincangkan pengenalan kepada dadah, kesan kemudaratannya, pendekatan rawatan serta strategi pencegahan relaps. Penulis menjelaskan bahawa dadah boleh diklasifikasikan kepada dadah terapeutik yang digunakan bagi tujuan rawatan penyakit dan bahan psikoaktif yang sering disalah guna untuk tujuan keseronokan, mengurangkan tekanan serta meningkatkan prestasi. Penggunaan dadah yang berlebihan boleh menyebabkan gangguan sistem saraf, jangkitan HIV, kerosakan saluran pernafasan, keletihan melampau dan ketidakstabilan emosi.

Pendekatan rawatan yang diperkenalkan dalam buku ini menekankan gabungan model biopsikososial dan spiritual sebagai kaedah intervensi yang berkesan. Pendekatan ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk profesional perubatan, ahli psikologi, kaunselor, komuniti dan pihak berkepentingan bagi memastikan kesinambungan rawatan serta pemulihan individu terlibat.

Tiga strategi pencegahan relaps turut diterangkan:

  1. Daya tindak kendiri – melatih diri menolak pelawaan, berfikir positif dan aktif dalam kegiatan sihat.

  2. Pengaruh persekitaran – memperbaiki hubungan keluarga dan menyertai aktiviti bermanfaat seperti rekreasi dan kerja kemasyarakatan.

  3. Pendidikan pencegahan – memberi pendedahan mengenai punca relaps dan faktor yang mendorong kepada penagihan semula.

Secara keseluruhannya, buku ini menekankan bahawa penyalahgunaan dadah memberikan implikasi negatif terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Usaha pencegahan, rawatan dan pemulihan perlu dilakukan secara bersepadu agar masalah ini dapat ditangani secara berkesan.

Buku ini merupakan koleksi Perpustakaan Negeri Sabah. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini, pembaca boleh berkunjung ke perpustakaan yang terdekat. Walau bagaimanapun, buku ini akan mengambil masa untuk dihantar jika berada di luar Perpustakaan Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Sila layari laman sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan dan proses pinjaman.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya bisa berpikir sama seperti semua orang." - Haruki Murakami

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.