Select your language

PENGARUH DADAH DAN HALUSINASI

Penulis
MOHD ZAMRI JAYA 

Terbitan
WARIDAH RESOURCES SDN.BHD. 32 MUKA SURAT.

 Ulasan oleh Siti Sahara Binti Hamid, Perpustakaan Negeri Sabah, PPT Library@UTC

Dadah ialah bahan yang amat berbahaya jika disalahgunakan.  Hal ini disebabkan dadah mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.  Ia juga sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental, emosi, dan serta tingkah laku. Akibatnya, akan menyebabkan ketagihan dan terus bergantung hidup kepadanya.

Tanpa kita sedari, kita mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup kita,  Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotik” membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.  Termasuk juga “teh, kopi dan coklat” juga mengandungi sejenis dadah ransangan yang dikenali sebagai “caffeine”.  Walaubagaimanpun, dadah ransangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara.  Oleh yang demikian, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah disisi undang-undang.

Terdapat banyak kesan buruk akibat ketagihan dan penyalahgunaan dadah.  Akibat yang jelas ialah dari segi tingkat laku diri penagih itu sendiri.  Penagih akan mula menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan hanya bergaul dengan kumpulan penagih dadah, penjenayah serta penipu.  Mereka akan melupakan tanggungjawab kepada kerja atau persekolahan dan berusaha mengasingkan diri.

Daripada segi fizikal, penagih lama-kelamaan akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan berada dalam khayalan. Penagih juga boleh kehilangan tenaga, pitam, pengsan, berperasaan ganas, berasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan boleh mengakibatkan maut kerana menjadi lemah dan mereka mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

Pengambilan dadah yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit mental. Antaranya ialah dadah jenis syabu dan ganja menyebabkan delusi.  Penyakit mental ini sekiranya tidak ditangani boleh membawa padah kepada diri sendiri dan orang sekeliling. 

Dadah dan masalah mental akan saling berhubung kait. Begitu juga dengan mereka yang ketagihan alkohol. Implikasi buruk ini kadangkala sehingga ke peringkat melakukan keganasan atau halusinasi sehingga penagih tidak pernah sedar akan apa yang dilakukannya. Pada masa yang sama, mereka turut mengalami gangguan personaliti termasuk masalah perhubungan interpersonal selain ketidakupayaan untuk mengawal emosi yang keterlaluan.

Seterusnya, adakalanya penagih akan mendengar suara-suara yang menyuruh mereka untuk melakukan sesuatu. Contohnya suara itu mengarah untuk membunuh orang yang disayangi dan alasannya, orang yang mereka sayangi itu mahu membunuh mereka. Pengambilan dadah juga meningkatkan bahan kimia yang bernama “dopamin” di dalam otak.  Apabila “dopamin” terlalu tinggi, kita akan berasa keseronokan yang luar biasa.

Buku ini adalah koleksi MTN (Malay Teenage Non-Fiction) di PPT Library@UTC. Buku ini sesuai untuk bacaan umum kerana gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi banyak info khususnya implikasi negatif pengaruh dadah kepada kehidupan manusia. Justeru, anak muda pada masa ini dinasihatkan agar menjauhi pengambilan dadah dan mengamalkan gaya hidup yang sihat agar memperolehi kehidupan cerah dan harmoni pada masa depan. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini, anda bolehlah hubungi kami di Perpustakaan PPT Library@UTC di talian 088-235761/2 atau mana-mana perpustakaan yang berdekatan dengan anda. Sila layari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca dapat menjaga hati dari kegelisahan dan memelihara waktu dari kesia-siaan."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.