Select your language

WANG! WANG! KENAPA SELALU TIDAK CUKUP?

Penulis
M. ISKANDAR DAN M. MARIAM NOR 

Terbitan
SERI KEMBANGAN, SELANGOR: WORKPLACE-ENGLISH ENTERPRISE,2015. 335 MUKA SURAT.

 Ulasan oleh Elvena Lee, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Sipitang

Biarpun ungkapan wang bukan segala-galanya sering dimadahkan, hakikatnya kesejahteraan individu bergantung rapat dengan kestabilan kehidupan. Kestabilan hidup pula bergantung kepada perkara asas seperti makanan, tempat tinggal, pekerjaan dan kemampuan menyara hidup sehari-hari. Sehingga kini, masyarakat kita masih mengalami kekurangan wang akibat kos sara hidup yang tinggi. Oleh itu, kita harus bijak dalam pengurusan wang dan dalam perbelanjaan barang.

Buku ini memberi sedikit tips bagaimana mengurus wang dengan betul. Salah satu cara terbaik untuk menjimatkan wang dan menguruskan kewangan adalah dengan mencatatkan setiap perbelanjaan bulanan dalam satu buku catatan supaya kita dapat mengenal pasti ke mana wang itu dibelanjakan. Pastikan kita tahu akan pola perbelanjaan yang betul iaitu asas-asas rumah, kenderaan, makanan, pakaian dan ubat adalah keutamaan. Kemudian perlindungan insurans nyawa dan kesihatan. Seterusnya, simpanan dan pelaburan dan yang tidak menjadi kepentingan adalah hiburan. Sentiasa elak daripada perbelanjaan menurut gerak hati. Terdapat beberapa panduan menjimatkan wang contohnya menyimpan wang di bank kerana ia akan mendapat faedah dari wang simpanan. Selain itu, amalkan tabiat membayar tunai untuk setiap pembelian dan membeli ketika jualan murah.

Tabiat perbelanjaan yang bijak dapat membantu kita dalam mengurus wang dengan baik. Contohnya, semasa membeli-belah pastikan anda melakukannya dengan cepat dengan tidak menghabiskan banyak masa di pusat membeli-belah, sentiasa membandingkan harga dan jangan mudah percaya dengan promosi jualan murah. Selain itu, bawa satu senarai barangan yang perlu dibeli sahaja dan sentiasa bertanya pada diri adakah ini penting untuk saya? Kerana ia membantu kita berfikir serta menapis perkara yang tidak perlu kerana akan menghabiskan wang. Antara panduan penjimatan wang juga ialah musnahkan kad kredit yang menyumbang kepada peningkatan kos perbelanjaan, perbelanjaan sifar untuk satu hari seminggu, hentikan  tabiat suka merayau-rayau di pusat membeli-belah dan amalkan tabiat berfikir dulu dan memberi masa untuk membuat keputusan sebelum membeli.

Realitinya, menyimpan wang penting untuk mendapatkan standard hidup lebih baik dan melestarikan ekonomi. Justeru, kesedaran menabung atau menyimpan wang mesti ditingkatkan dan dijadikan budaya dalam kehidupan untuk persediaan serta kesenangan pada masa depan.

Buku ini merupakan salah satu koleksi yang terdapat di Perpustakaan Cawangan Sipitang. Untuk tempahan dan pinjaman, hubungi kami di talian 087-821003. Walau bagaimanapun, sila kunjungi perpustakaan yang terdekat atau layari laman sesawang www.ssl.sabah,gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Orang yang tidak banyak membaca pasti tidak banyak tahu. Orang yang tidak banyak tahu sangat dekat dengan kebodohan. Dan kebodohan akan sangat dekat dengan kemiskinan." (Helmy Yahya).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.