A- A A+

Sayembara

Penulis
Ruhaini Matdarin

Terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ulasan oleh Dian Suaidah Binti Azudin, Pelatih Industri , UiTM Merbok, Kedah

Sayembara mengisahkan jalinan hubungan yang unik antara tiga wanita - Laila, Kasima dan Maya. Hubungan yang terikat atas sebab yang satu - Sayembara - program realiti yang menawarkan hadiah satu juta ringgit. Masing-masing mempunyai impian tersendiri. Laila ingin menebus kembali kekalahannya dalam dua siri yang lepas. Kasima ingin merawat wajahnya. Maya pula ingin memulakan hidup baharu.

Tiga karakter berbeza dan saling bertentangan yang akhirnya menimbulkan pelbagai konflik. Namun, mereka bertahan demi hadiah yang begitu lumayan itu. Kehadiran Ibu Meriam makin menyulitkan, tetapi dalam tidak sedar merapatkan hubungan mereka. Sayembara menyorot nilai yang semakin hilang dalam kehidupan kini. Nilai apa yang hilang sebenarnya

Sebarang pertanyaan, sila berkunjung ke perpustakaan yang terdekat atau sila layari laman web Perpustakaan Negeri Sabah www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.