A- A A+

RAHSIA DIET MALAYSIA

Penulis
TEE E SIONG

Terbitan
KUALA LUMPUR: PENERBIT UNIVERSITI MALAYA, 2016. 158 MUKA SURAT.

Ulasan oleh Puan Aminah Arjani, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Lahad Datu

Malaysia dikenali sebagai 'syurga makanan' untuk rakyat dan pengunjungnya. Negara yang berbilang etnik dengan pelbagai makanan lazat dan menyelerakan tersedia sepanjang masa. Makan merupakan kegiatan masa lapang. Tiada aktiviti sosial berlangsung tanpa makanan. Namun begitu, makanan yang mudah didapati ini juga boleh memudaratkan jika mengamalkan tabiat pengambilan makanan yang tidak sihat.

Budaya makan yang tidak sihat telah 'memupuk' masyarakat yang semakin berlebihan berat badan selain menghidap pelbagai penyakit serius seperti obesiti, penyakit jantung, diabetes, darah tinggi dan sebagainya malah menyebabkan kesengsaraan dan hilang keupayaan bertahun-tahun lamanya. Justeru, bagaimana boleh kita menikmati makanan jika kita sentiasa sakit, terbeban membayar kos rawatan perubatan yang mahal dan terlantar di atas katil.

Buku Rahsia Diet Malaysia, membuka mata tentang kebenaran di sebalik budaya 'syurga makanan' Malaysia. Dengan membaca buku ini, kita dapat mempelajari pelbagai aspek makanan dan pemakanan dalam konteks kehidupan harian. Buku ini juga mendedahkan tentang rahsia makan secara sihat dan boleh kekal sihat untuk menikmati makanan.

Buku Rahsia Diet Malaysia turut membimbing cara menyediakan hidangan lebih sihat dan membuat pilihan lebih bijak apabila memasak atau makan luar. Selain itu, buku ini juga dapat mengurangkan keraguan dan kebimbangan dengan mendapat penjelasan tentang banyak mitos dan salah tanggapan tentang pemakanan. Semoga dengan membaca buku ini, dapat membantu kita menikmati semua makanan dengan cara yang bijak agar boleh kekal sihat.

Buku ini ada di dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Lahad Datu dan boleh dipinjam. No. kelas : MAN 613.209M TEE Lokasi : Sudut Ulasan Buku, Ruang Lobi, Aras 1. Sebarang pertanyaan, sila berjumpa dengan anggota yang bertugas di Kaunter Seksyen Perkhidmatan Pembaca, PNS Cawangan Lahad Datu atau hubungi talian 089-880276. Sila layari laman web Perpustakaan Negeri Sabah www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, dan 256192 untuk tempahan pinjaman atau mengetahui ketersediaan buku tersebut.

 

 

Ulasan Buku

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.