A- A A+

Petua Pelajar Cemerlang

Penulis
Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dan Hj. Muhammad Zakaria

Terbitan
Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd, 2005. 104 Muka Surat.

Ulasan oleh Masnah Yusof, Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Keningau

Buku berjudul 'Petua Pelajar Cemerlang' ini memberikan panduan kepada pelajar dan remaja untuk mencapai kecemerlangan serentak dengan peningkatan sahsiah. Menurut penulis, istilah kecemerlangan bagi pelajar adalah suatu puncak yang tinggi dan gah untuk dicapai. Mengikut kajian, 95% pelajar di Malaysia menganggap diri mereka adalah pelajar yang sederhana dan tidak cemerlang. Tetapi sebenarnya, dari individu itu sendiri yang menentukan sama ada hendak menjadi cemerlang, sederhana atau gagal.

Buku ini ada enam bab iaitu petua rangsangan, kemahiran, disiplin, kerohanian, fizikal dan hubungan, yang mana kesemua ini berkait rapat dalam membentuk kecemerlangan diri. Kecemerlangan tercipta apabila manusia seperti kita yang datang dari keluarga biasa dengan kecerdasan biasa tetapi berusaha secara luar biasa. Untuk mencapai kecemerlangan tersebut, 21 petua atau rahsia telah dikongsikan dalam buku ini. Turut disediakan juga teks atau nota ringkas mengandungi tajuk, beserta gambar, ilustrasi, gambarajah, carta untuk menerangkan bahawa kecemerlangan adalah benar dan realiti serta mudah dicapai.

Menurut penulis, untuk mencapai sesuatu kecemerlangan, seseorang itu mesti memiliki kemahiran belajar dari pelbagai sumber sama ada melalui sumber semula jadi iaitu pengamatan dalam menjalankan kehidupan seharian atau dipelajari dari kursus, seminar atau dipelajari dari kesusahan hidup dan kegagalan dalam peperiksaan ataupun dari agen pemudah cara kemahiran seperti guru, penceramah atau ibu bapa.

Untuk menjadi pelajar cemerlang, kita perlu menukar cara pandangan, fikiran dan ideologi kita. Kita perlu yakin bahawa Allah telah menciptakan kita untuk menjadi cemerlang. Tetapi kecemerlangan hanya akan tercipta sekiranya kita berusaha untuk mendapatkannya dengan bersungguh-sungguh.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang rahsia petua menjadi pelajar cemerlang ini, sila dapatkan buku tersebut di Perpustakaan Negeri Sabah yang berdekatan dengan anda atau lawati lama sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.