Penghasilan Baja Kompos
|
Penulis Adaptasi Terbitan
|
Ulasan oleh Jaimah Binti Gani, Perpustakaan Desa Kg Padang Bongawan
Kesedaran pengguna masa kini terhadap pemilihan makanan sihat dan bebas daripada kesan bahan kimia serta racun serangan semakin meningkat. Hal ini terbukti apabila permintaan terhadap produk makanan pertanian organik semakin bertambah sejak ratusan tahun dahulu di Negara Cina dan Jepun. Dan masa kini, masyarakat Asia juga telah menggunakan baja kompos yang juga dikenali sebagai baja organik secara meluas, dimana secara tidak langsung masalah pembuangan sisa makanan, sisa pertanian dan bahan buangan haiwan dapat diatasi.
Menurut penulis, bahan buangan atau sisa-sisa makanan yang dicampur dengan tanah akan dapat menyuburkan tanah tersebut, Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput serta diuraikan melalui haba dan organisma dalam tanah seperti cacing, semut, bakteria dan kulat. Proses penghuraian ini boleh menghasilkan bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil ‘humus’
Penggunaan baja kompos mempunyai banyak kebaikan berbanding dengan baja bukan organik. Dengan penggunaan baja kompos produktiviti tanah dapat diperbaiki, pencemaran alam sekitar juga dapat dikurangkan, kesuburan tanah bertambah dan tanaman memiliki daya tahan yang tinggi melawan serangan penyakit. Jika menggunakan bahan bukan organik dalam tempoh yang panjang, boleh menyebabkan tanah menjadi keras, struktur tanah rosak dan tidak subur, tanaman mudah dijangkiti penyakit dan menghasilkan tanaman yang tidak berkualiti.
Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat yang inginkan hidup yang sihat. Penulisan yang santai, tetapi jelas dan mudah difahami. Buku ini juga memaparkan cara-cara memproses baja kompos sendiri secara langkah demi langkah dilengkapi dengan gambar dan bahan-bahan yang perlu digunakan.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melayari laman sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.