Select your language

Penanaman Kacang Hijau

Penulis
Ir. Purwono

Terbitan
Kuala Lumpur: Synergy Media. 63 muka surat.

Ulasan oleh Neldra Vijay S Panikar, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Tuaran

Kacang hijau termasuk dalam kumpulan tanaman makanan yang cukup terkenal di kalangan masyarakat kita. Tanaman yang tergolong di dalam keluarga kekacang ini sudah lama ditanam di Malaysia selain daripada kacang soya dan kacang tanah. Ia juga mudah tumbuh pada musim kemarau di tanah sawah. Kacang hijau juga tahan terhadap pelbagai jenis serangga perosak dan penyakit. Buktinya, jumlah serangan organisma perosak dan penyakit yang lebih sedikit berbanding dengan serangan yang berlaku ke atas tanaman jenis kacang yang lain. Oleh itu, risiko kegagalan dalam penuaian hasil kacang hijau lebih rendah.

Selain itu, kacang hijau mudah tumbuh terutama apabila di tanam dalam tanah pasir yang digaul dengan baja asli seperti najis ayam dan lembu. Sehingga kini, permintaan terhadap kacang hijau sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Namun begitu, masalah yang sering dihadapi dalam perusahaan kacang hijau di Malaysia ialah jumlah penghasilannya yang rendah. Walaupun ia mudah ditanam, namun tidak ramai petani yang ingin menceburi bidang ini sebaliknya mereka lebih berminat menanam sayur-sayuran atau tanaman lain. Kebanyakan petani hanya mengusahakan penanaman kacang hijau secara sambilan berdasarkan sistem tradisional. Sistem penanaman kacang hijau secara moden sememangnya baik jika dikomersialkan dan dilaksanakan secara intensif.

Buku ini menghuraikan dengan lebih terperinci tentang kegiatan penanaman kacang hijau, prospek perkembangannya, keperluan asas penanaman, kaedah penanaman, pengendalian serangga perosak dan penyakit tanaman serta pengendalian hasil yang telah dituai. Diharapkan agar setiap maklumat yang diberikan ini mudah difahami oleh pembaca.

Buku ini ada di dalam koleksi Perpustakaan Cawangan Tuaran atau hubungi kakitangan yang bertugas. Jika berada di luar kawasan Perpustakaan Cawangan  Tuaran,  sila dapatkan buku tersebut di Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melayari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828, 218726 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut dan untuk tempahan pinjaman.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.