Select your language

Penanaman Durian Belanda Dan Nona

Penulis
Sunarjono, H. Hendro

Terbitan
Kuala Lumpur: Synergy Media. 85 muka surat.

Ulasan oleh Fatmawati Lapida, PPerpustakaan Desa, Kg. Pasir Putih, Tawau

Durian Belanda dan Nona merupakan buah-buahan tropika dari keluarga Annona. Buah-buahan ini bukan berasal dari Malaysia, tetapi ia telah diterima oleh masyarakat di negara ini. Kedua-dua buah tersebut lebih dikenali sebagai buah yang dapat menyegarkan badan kerana rasanya yang masam manis dan segar, terutamanya buah Durian Belanda. Buah ini sangat digemari kerana ia boleh dijadikan jus atau aiskrim. Manakala buah Nona boleh dibuat kuih atau hidangan pencuci mulut.

Buah-buahan ini mempunyai gizi yang tinggi dan mempunyai nilai komersial dalam industri makanan. Buah-buahan ini juga boleh diproses menjadi bahan makanan dan minuman yang sesuai untuk dieksport. Walaupun kedua-dua buah ini mempunyai keistimewaannya tersendiri, namun bilangan petani yang mengusahakan tanaman ini amat sedikit. Lazimnya pokok Durian Belanda atau Nona ditanam di kawasan halaman rumah, akan tetapi masalah serangan beberapa jenis hama dan serangga perosak seperti ulat pengorek batang dan buah sehingga boleh menurunkan kualiti dan produktiviti buah yang dihasilkan.

Buku ini sesuai menjadi panduan dan rujukan kepada para pembaca terutama sekali kepada petani yang berminat untuk menceburi bidang penanaman Durian Belanda dan Nona. Buku ini juga menerangkan secara terperinci tentang cara-cara penanaman Durian Belanda dan Nona bermula daripada penyediaan kawasan penanaman sehingga proses penuaian serta pengendalian hasil tuaian. Contoh analisis kewangan juga diselitkan sebagai panduan kepada petani untuk memulakan usaha penanaman. Penulis berharap agar buku ini dapat membantu petani sebagai sumber rujukan mereka.

Buku ini ada di dalam koleksi Perpustakaan Desa kampung Pasir Putih, Tawau atau hubungi pengawas perpustakaan yang bertugas. Namun begitu, bagi yang berada di luar kawasan Perpustakaan Desa Kampung Pasir Putih, Tawau, sila dapatkan buku tersebut di Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melayari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828, 218726 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut dan untuk tempahan pinjaman.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.