Select your language

Pemanasan Global dan Pembangunan Lestari Alam Bina

Penulis
Mohd. Nazaruddin Yusoff & Kamarudin Mohd Nor

Terbitan
Kedah: Universiti Utara Malaysia Press, 2014. 142 Muka Surat.

Ulasan oleh Elizabeth Zaitol, Latihan Industri, UiTM Kampus Rembau, Cawangan Negeri Sembilan

Pemanasan global merupakan fenomena di mana peningkatan suhu bumi telah berlaku. Keadaan ini terjadi akibat daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh manusia. Antaranya, kesan rumah hijau dan pembakaran terbuka. Kegiatan ini akan meningkatkan kadar karbon dioksida di permukaan udara.

Buku ini ditulis dengan tujuan untuk membincangkan mengenai kesan dan akibat pemanasan global serta perubahan iklim terhadap manusia sejagat, kesihatan, flora dan fauna, atau kesannya kepada biodiversiti. Penulis turut memberikan ilmu asas tentang pemanasan global dan perubahan iklim dunia.

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Bahagian I dan Bahagian II. Setiap bahagian mempunyai tiga bab masing-masing. Dalam Bahagian I, bab pertama yang dibincangkan ialah Fenomena Pemanasan Global,  Perubahan Iklim, Kesan Rumah Hijau dan Kitaran Karbon. Manakala, dalam Bahagian II, bab-bab yang dibincangkan ialah Konsep Kelestarian, Konsep Bangunan Hijau,  Mitigasi dan Adaptasi.

Pengisian dalam buku ini sangat mudah difahami kerana penyampaian maklumat yang sangat jelas. Format pengisian yang merangkumi fakta, huraian dan contoh dapat memudahkan lagi para pembaca untuk mendalami serta memahami maklumat yang disampaikan melalui buku ini. Tambahan pula, penulis telah menjelaskan maklumat daripada graf dan gambar yang berkaitan dengan tajuk atau tema buku ini.

Jelas sekali bahawa pemanasan global membawa banyak kesan negatif terhadap dunia. Ia bukan sahaja memudaratkan kesihatan manusia, tetapi juga mengancam alam sekitar. Oleh yang demikian, buku ini juga menerangkan tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh dunia pada zaman ini demi mengurangkan masalah pemanasan global yang berlaku.

Buku ini sangat digalakkan kepada semua lapisan masyarakat kerana ia sangat padat dengan maklumat penting tentang isu pemanasan global yang kian hangat pada masa kini. Diharapkan agar para pembaca dapat menjadikan buku ini sebagai bahan bacaan yang membawa impak positif dalam kehidupan masyarakat.

Oleh yang demikian, pembaca boleh lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-213623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini dan isi kandungannya.

Bagaimanapun, buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Buku adalah teman yang berharga. Namun, sulit untuk menjelaskan hal itu kepada yang tak suka membaca."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.