Select your language

Panduan Dan Asas Untuk Pembentangan Berkesan

Penulis
Ahmad Fadzli Yusof dan Mohd. Zarifi Daud

Terbitan
Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd.,  2007.  177 Muka Surat.

Ulasan oleh Siti Alimah Binti Awang Saleh, Seksyen Perkhidmatan Pembaca, PNSC Sandakan

Berucap dikhalayak ramai adalah antara perkara yang menakutkan bagi ramai orang.  Apabila berasa takut dan kurang keyakinan diri, timbul seribu satu macam hal pada diri seperti rasa gementar, rasa takut dan malu, rasa rendah diri serta jantung mula berdegup laju. Menurut penulis, untuk berucap dengan baik, seseorang itu memerlukan pengetahuan dan kemahiran mengenal pasti punca dan mengatasi situasi tersebut.

Setiap ucapan, pidato, perbahasan atau pembentangan memerlukan rangka atau kronologi. Kegagalan merangka akan menyebabkan sesuatu proses seperti pembentangan tidak mempunyai hala tuju. Kemahiran dalam pembentangan adalah penting dalam dunia pekerjaan hari ini. Ini melibatkan kemahiran berbicara, pembinaan keyakinan, kreativiti dan keberkesanan proses penyampaian mesej kepada khalayak yang mengikuti pembentangan itu. Seorang eksekutif yang memiliki kemahiran ini berpotensi untuk mendaki tangga-tangga dunia pekerjaan dengan lebih pantas kerana sudah menjadi satu kelebihan seandainya kemahiran ini dimiliki.

Buku bertajuk ‘Panduan dan Asas untuk Pembentangan Berkesan’ ini memberi panduan cara-cara memberikan ucapan dan membuat pembentangan yang berkesan ditempat kerja.  Buku ini merangkumi beberapa bahagian utama seperti Manusia dan Ucapan, Persiapan Isi Kandungan, Persiapan Sebelum Ucapan dan Pembentangan, Memberi Ucapan dan Membuat Pembentangan, Bahasa dan Gaya Pengucapan dan Di Akhir Pembentangan.  Setiap bahagian mempunyai beberapa topik yang dikenali sebagai 'panduan dan asas'.  Dalam topik setiap panduan dan asas itu pula mengandungi tip-tip mudah kehidupan yang cemerlang.

Buku ini sangat menarik kerana buku ini mampu membantu seorang eksekutif muda mempertingkatkan kualiti pembentangannya. Setiap aspek penting dalam pembentangan termasuklah persiapan mental dan penampilan, persiapan bahan, bahasa, bahasa badan, kreativiti menggunakan suasana dan penutup yang hebat dibincangkan.

Buku ini juga turut memberi panduan dari segi seni dan teknik pembentangan berkesan, teknik dan panduan bagi membina keyakinan dan karisma dalam pembentangan, teknik mengatasi rasa takut dan gementar khususnya apabila berhadapan dengan majikan dan panduan memikat khalayak dengan suara, bahasa, bahasa badan, fakta, metaforan, gimik dan karisma sehingga mereka mengagumi pembentangan yang dihasilkan oleh pembaca.

Penulis menyelitkan beberapa kisah benar, pengalaman peribadi dan mutiara hikmah insan yang berjaya sebelum ini, untuk membantu pembaca dalam meningkatkan keupayaan diri untuk tampil sebagai seorang orator yang hebat.

Buku ini sesuai dibaca oleh eksekutif muda yang berhasrat untuk menjadi pembentang berkesan, pelajar dan juga pelbagai lapisan masyarakat kerana penulisan yang ringkas dan padat serta menggunakan bahasa yang mudah difahami. Dengan buku ini juga, bukan sahaja para pembaca dapat mengetahui tentang panduan bagi meningkatkan prestasi dan kualiti dalam pengucapan awam, malah diberikan rahsia teknik, kaedah dan strategi pembentukan sebuah persembahan ucapan yang baik dan menarik dipersembahkan dalam versi yang mudah difahami dan praktikal untuk manfaat pembaca.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini, sila berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melayari laman sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828, 218726 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Tidak ada teman yang setia seperti bersama sebuah buku."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.