Select your language

Mengapa Bayi Anda Menangis

Penulis
Uswatun Hasanah Mohd Habib

Terbitan
Selangor:  DuBook Press Sdn. Bhd., 2016.  137 Muka Surat.

 

Ulasan oleh Mohamad Rahim Bin Abdullah, Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Sandakan

Setiap pasangan suami isteri pastinya mengimpikan ‘hadiah’ berupa cahaya mata hasil daripada hubungan sah yang dijalin. Lagi-lagi apabila sang ibu melahirkan zuriat pertama yang pastinya akan menjadi anak emas dalam sesebuah keluarga. Bukan hanya kegembiraan yang memenuhi sudut hati, namun wujud persoalan mengenai kesediaan dalam menjaga bayi serta kelengkapan ilmu dan kemahiran keibubapaan. Hal ini kerana, menjaga bayi baru lahir merupakan tugas yang sukar khususnya ibu bapa  baru.

Selain tanggungjawap berat yang dipikul dalam mengurus dan menyedia keperluan bayi, ibu bapa juga haruslah mempunyai ilmu dan kemahiran teknik menenteramkan bayi. Hal ini tidak boleh diambil mudah dengan hanya mendengar tangisan bayi tanpa membuat sebarang tindakan. Meskipun ada yang merasakan jengkel dengan suara bayi yang menangis, namun umum mengetahui bahawa menangis adalah fitrah bagi manusia apatah lagi bagi bayi yang baru lahir. Penulis telah menghasikan naskhah  Mengapa Bayi Anda Menangis bagi membahaskan teknik dan tip mudah menenteramkan bayi serta membantunya tidur lebih lena. Buku ini adalah bertujuan untuk membantu ibu bapa yang dilema dalam menangani isu tangisan ini.

Nenurut penulis, bayi dikelaskan kepada tiga kategori menurut sifat tangisannya iaitu mudah, menuntut perhatian, sensitif arau sawan tangisan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sawan tangisan, buku ini ada jawapannya. Dengan  menyedari akan tiga kategori tersebut, mungkin ramai yang bertanya, “Jadi, apa kaitan yang menyebabkan perbezaan itu?”. Ianya mempunyai kaitan mengenai  karakter dan ciri tangisan serta personaliti bayi yang akan mempengaruhi sikap bayi. Oleh itu, setiap persoalan yang bermain difikiran akan terungkai setelah membaca buku ini.

Bayi yang menangis dapat ditenteramkan apabila ibu bapa menguasai Teknik Cuddle Cure. Apabila teknik ini dibuat dengan sempurna, ianya mampu mengaktifkan refleks bertenang bayi dalam masa yang singkat.  Oleh kerana itu, Cuddle Cure juga mendapat jolokan suis tutup tangisan bayi. Teknik ini adalah gabungan 5 teknik yang digelar ‘5S’ yang diaspirasikan dari amalan Puak Kung San dalam menenteramkan bayi mereka. Apa yang istimewanya Puak Kung San? Ibu bapa akan tahu setelah menguasai teknik tersebut disamping merasai nikmatnya mendapat tidur tanpa gangguan tangisan bayi mereka.

Terdapat kata-kata yang menarik perhatian mengenai tangisan bayi dan keresahannya. Ianya berbunyi, ‘bayi anda tidak memberi anda waktu sukar dengan tangisan dan keresahannya, tetapi dialah yang sebenarnya sedang mengalami waktu-waktu sukar pada ketika itu’. Oleh itu, ibu bapa haruslah menjadi sumber ketenangan kepada anak-anak dengan kelengkapan ilmu dan kemahiran teknik menenteramkan bayi serta kemahiran keibubapaan. Hadirnya buku dengan penyelesaian yang pastinya berkesan merungkai kekusutan yang menghantui ibu bapa.

Menangis itu fitrah. Tapi bersebab. Bukan suka-suka. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini,  Sila kunjungi perpustakaan yang terdekat dengan anda  dengan melayari laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." (Joseph Addison).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.