Select your language

Melangkah Ke Dunia Pekerjaan

Penulis
Mohd Yahya Mohamed Ariffin dan Roseliza Murni Ab. Rahman

Terbitan
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2002. 141 Muka Surat.

Ulasan oleh Jokiah Gandili, Perpustakaan Desa Pekan Nabalu

Kerjaya merupakan satu rangkaian pekerjaan atau pengalaman yang dilakukan oleh seseorang dalam jangka masa tertentu bagi menjalankan tanggungjawabnya.  Sesetengah individu hanya memiliki satu pekerjaan dalam hidup. Ada juga individu yang mempunyai lebih dari satu pekerjaan dan ada individu yang sering bertukar-tukar pekerjaan sepanjang hidupnya. Individu yang sering bertukar-tukar pekerjaan biasanya disebabkan oleh faktor ingin mencapai atau mencari kepuasan, memenuhi minat dan untuk meningkatkan kualiti hidup.

Menurut penulis, terdapat tiga perkara yang perlu ada dalam membuat pemilihan kerjaya iaitu, adanya beberapa jenis pilihan pekerjaan supaya boleh membuat pilihan kerja yang paling sesuai untuk dirinya, adanya insentif dalam membuat pilihan dan kebebasan memilih pekerjaan.  Hal bermakna bagi individu tersebut tanpa sekatan dan dorongan atas pilihan orang lain kerana ini akan memberi kesan kepada mutu kerja dan kepuasan individu tersebut. Dengan kata lain, penting untuk seseorang itu membuat pilihan pekerjaan yang paling sesuai untuk dirinya kerana ini akan memberi kepuasan hidup masa depan individu, organisasi dan negara.

Hampir semua golongan belia lepasan sekolah hinggalah universiti bercita-cita untuk mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian. Menjawat jawatan yang diminati dan bergaji tinggi amat dinanti-nantikan. Walaubagaimanapun, mereka perlukan bimbingan dan pengetahuan supaya mereka dapat memahami dan tahu kaedah terbaik untuk mempersiapkan diri melangkah ke dunia pekerjaan. Bimbingan dan panduan yang betul dapat membantu mereka dalam usaha mendapatkan pekerjaan.

Pencari kerja adalah mereka yang belum mendapat pekerjaan tetap atau mereka yang sering bertukar-tukar pekerjaan. Terdapat juga individu yang tidak memilih pekerjaan. Yang penting bagi mereka adalah mereka mempunyai pekerjaan. Tidak dapat dinafikan, ramai yang cenderung mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan minat mereka, kelayakan dan kemahiran. Terdapat juga fakto-faktor yang meyebabkan kegagalan individu mendapatkan pekerjaan yang mereka kehendaki. Antaranya disebabkan oleh kelulusan mereka yang tidak sesuai dan tidak ada pengalaman kerja. Faktor-faktor yang dapat membantu  mereka untuk mendapatkan pekerjaan adalah minat, kelayakan akademik, penguasaan bahasa dan komunikasi, ilmu dalam teknologi maklumat dan pengalaman kerja atau latihan industri. Golongan pencari kerja ini, yang terdiri daripada lepasan sekolah, lepasan institusi kemahiran, lepasan universiti, mereka yang sedang berkerja tetapi ingin mencari pekerjaan yang sesuai dengan mereka, mereka yang diberhentikan kerja, mereka yang bekerja di luar negara dan warga asing yang ingin mencari peluang pekerjaan dalam negara ini. Golongan ini memerlukan bimbingan dan pengetahuan untuk mereka mencapai dan mendapatkan pekerjaan yang mereka hajati.

Buku yang bertajuk ‘Melangkah Ke Dunia Pekerjaan’ ini dapat memberi maklumat dan bimbingan kepada golongan pencari pekerjaan. Terdapat 10 bab dalam buku ini yang membincangkan pelbagai aspek penting bagi tujuan bimbingan kepada pencari pekerjaan.  Bab-bab yang dibincangkan adalah pengenalan kepada dunia pekerjaan, siapakah pencari kerja, panduan memilih pekerjaan, cara penyediaan Resume dan surat permohonan, menghadiri temuduga, pakaian yang sesuai semasa  temuduga, penerapan nilai-nilai murni dalam pekerjaan dan prospek pekerjaan di Malaysia. 

Buku ini amat sesuai untuk dijadikan panduan dan bahan rujukan khususnya kepada bakal pencari kerja supaya mereka boleh membuat perancangan dalam bidang kerjaya yang mereka ingin ceburi dan mengetahui prospek kerja yang cerah pada masa hadapan. Buku ini ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami supaya pembaca dapat memahami. 

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini, sila dapatkan buku tersebut di Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melayari laman sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Makin banyak membaca, makin aku banyak berpikir; makin aku banyak belajar; makin aku sadar bahwa aku tak mengetahui apa pun." (Voltaire).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.