Select your language

Makanan Sihat Sebagai Ubat



Penulis
Lim Hin Fui

Terbitan
Kuala Lumpur: Samarata Enterprise, 2009.  206  Muka Surat.

Ulasan oleh Jaimah Binti Gani, Perpustakaan Desa Kg Padang Bongawan

Rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum dan latar belakang  yang berbeza dan setiap kaum pasti mempunyai budaya pemakanan tersendiri. Namun begitu, setiap kita mempunyai satu aspirasi yang sama inginkan  kesihatan yang baik untuk rohani dan jasmani. Kesihatan rakyat Malaysia pada masa kini semakin terancam dengan pelbagai penyakit disebabkan cara pemakanan yang tidak sihat.  Keutamaan pada masa kini ialah makanan  sedap dan beraneka cara masakan tanpa memikirkan kesannya untuk kesihatan. Kerana makanan asal sedap inilah juga mengundang pelbagai penyakit yang boleh membawa kepada kematian seperti kanser, penyakit jantung, strok, darah tinggi, kencing manis dan banyak lagi penyakit yang berkaitan dengan pemakanan.

Jika inginkan kesihatan yang baik untuk diri sendiri atau keluarga anda, adalah disarankan membaca buku ini kerana buku ini ditulis oleh seorang yang mengamalkan pemakanan sihat, yang juga merupakan seorang ahli sains sosial dan telah menukar cara pemakanan keluarganya yang selama ini tidak mementingkan makanan untuk kesihatan kepada makanan sihat.  Penulis telah berbuat demikian untuk menyelamatkan bapa mentuanya yang menghidap kanser prostat dengan mengamalkan pemakanan sihat dimana telah terbukti  bapa mentuanya sembuh, manakala  penulis, isteri dan anak-anak mereka juga jarang sakit. Pelbagai panduan telah dikongsi dalam buku ini antaranya adalah dengan memilih  makanan yang baik untuk kesihatan seperti penggunaan beras perang mengantikan beras putih,  elak atau kurangkan makan makanan yang tinggi kolesterol seperti telur, makanan laut, daging merah, barangan tenusu penuh lemak dan menghindarkan minum air yang menggunakan pewarna tiruan.

Penulis juga menerangkan fungsi dan khasiat sesuatu sayur untuk tubuh badan kita. Tahap kesihatan seseorang amat bergantung kepada amalan pemakanan harian. Penulisan buku ini tidak lengkap tanpa menerangkan proses detoksifikasi dan tindak balas badan kita.  Penerangan ini penting kerana tindak balas detoks berikutan amalan pemakanan sihat merupakan cabaran dalam pengembalian kesihatan kita dan ianya dikenali sebagai proses penyembuhan.

Buku bertajuk Makanan sihat sebagai ubat ini sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat yang mementingkan pemakanan sihat kerana banyak informasi terdapat dalam buku ini.  Untuk mengetahui lebih lanjut lagi Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini, sila dapatkan buku tersebut di Perpustakaan Negeri Sabah yang berdekatan dengan anda atau lawati lama sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya boleh berfikir sama seperti semua orang." (Haruki Murakami).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.