Select your language

Kewangan & Pelajar IPT

Penulis
Siti Alida Johan Abdullah, Halimah @ Nasibah Ahmad

Terbitan
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2007.  156 Muka Surat.

Ulasan oleh Victoria Mositap, Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Penampang

Pencapaian kendiri dari segi pemikiran dan intelek menjadi keutamaan pada masa kini kerana mampu membolehkan individu tersebut membuat keputusan yang terbaik sama ada dari segi intelek, psikologi mahupun perhubungan sosial terutamanya dalam bidang kewangan. Tidak mustahil untuk mencapai matlamat ini  dengan berlandaskan konsep pemikiran positif yang dikhususkan dalam buku ini. 

Buku yang berjudul ‘Kewangan & Pelajar IPT’ ini akan membantu pembaca untuk menghasilkan kecemerlangan dalam perhubungan diri serta komunikasi dalam sosial masyarakat. Pelbagai teknik motivasi yang terkandung dalam buku ini bagi melahirkan kecemerlangan dalam diri. Memperincikan juga aspek kewangan kepada golongan muda sama ada pelajar menengah atau pelajar institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam perancangan kewangan.

Buku ini lengkap dengan lapan bab utama yang boleh membantu seseorang individu dalam kerjayanya, menggalakkan serta meyakinkan pelajar untuk melanjutkan pengajian yang lebih tinggi dengan membincangkan pelbagai faedah yang boleh diperoleh jika mereka melanjutkan pengajian.  Selain itu, terdapat juga huraian tentang segala kos akademik yang diperlukan dalam institusi pengajian tinggi dari segi yuran, bahan dan peralatan, penginapan, komputer, pengangkutan,makanan dan sebagainya.

Penulis menyelitkan juga sumber pembiayaan yang boleh diperoleh sepanjang menuntut di IPT.  Pembiayaan tersebut boleh dibahagi kepada dua bentuk iaitu pinjaman dan biasiswa.  Maka, pelajar boleh memohon bantuan kewangan dari pelbagai pihak bagi menampung kos pembiayaan pengajian tinggi. Bagi memperoleh lagi banyak sumber, pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh pelajar iaitu dari segi simpanan, pendapatan pekerjaan sambilan dan sebagainya.

Bab enam merupakan tumpuan dalam buku ini yang membincangkan tentang bajet kewangan individu tersebut. Rancangan pencapaian matlamat serta sebab untuk melakukan anggaran pendapatan serta perbelanjaan adalah penting bagi semua penuntut IPT agar mampu meringankan beban serta masalah yang dihadapi pelajar terutama pelajar yang baru pertama kali bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan dengan sendiri.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini, sila berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melayari laman sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828, 218726 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.