Select your language

Hari Yu Paus Sedunia telah diwujudkan supaya kita boleh meraikan dan meningkatkan kesedaran tentang makhluk hidup laut yang menakjubkan ini. Sejak 2012, 30 Ogos ialah hari istimewa untuk meraikan gergasi lembut ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana haiwan ini telah diburu sehingga terdedah kepada sirip dan dagingnya yang sangat berharga. Pada tahun 2016, yu paus telah diklasifikasikan semula oleh IUCN, iaitu Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi, beralih daripada spesies yang terdedah kepada spesies yang terancam, yang amat membimbangkan. Menurut beberapa anggaran, dipercayai bahawa terdapat hanya puluhan ribu kehidupan yu ini di seluruh dunia. Terdapat beberapa sebab berbeza mengapa yu paus semakin berkurangan. Yu paus adalah luar biasa untuk dilihat, dan lebih menarik untuk dipelajari. Walau bagaimanapun, terdapat juga kes yu paus berlanggar dengan bot, serta jerung ini terperangkap dalam peralatan menangkap ikan. Di beberapa bahagian Asia, produk yang diperbuat daripada yu paus mendapat permintaan yang sangat tinggi.

Apa yang boleh kita lakukan untuk membantu yu paus?

  • Ketahui lebih lanjut tentang makhluk itu dan kongsikan kesedaran melalui dalam talian di media sosial anda.
  • Menderma kepada mana-mana organisasi atau menjadi sukarelawan dalam membantu yu paus bersama organisasi tersebut.
  • Kurangkan penggunaan plastik dan kitar semula dengan betul. Ini membantu mengurangkan pembungan palstik di lautan.
  • Luangkan sedikit masa untuk mengagumi makhluk agung ini dengan melihat foto dan video mereka dan berkongsi di media sosial.

Berikut ialah beberapa laman yang boleh anda lawati untuk mengetahui lebih lanjut tentang yu paus:

  1. Spesis
  2. Fakta
  3. Fakta II
  4. Mengenai Ikan
  5. Mengenai Ikan II

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Ilmu itu ada di mana-mana, pengetahuan di mana-mana tersebar, kalau kita bersedia membaca, dan bersedia mendengar." - Felix Siauw

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.