Select your language

Aku Bersyukur Anakku Autisme

Penulis
Wan Nasyrsudin Wan Abdullah, Hisham Bin Ahmad

Terbitan
Kuala Lumpur: Telaga Biru SDN. BHD., 2013. 151 Muka Surat

 

Ulasan oleh Fatmawati Lapida, Perpustakaan Desa Kg.Pasir Putih Tawau.

Autisme adalah satu bentuk kecacatan atau ketidakupayaan unik dan berbeza yang dialami ramai kanak-kanak di seluruh dunia termasuk kanak-kanak Islam. Pendedahan mengenai Autisme masih kurang sedangkan maklumat ini patut diketahui oleh seluruh masyarakat termasuk umat Islam, sekalipun tidak ada insan autisme dalam kalangan orang-orang tersayang mereka.

Bagi mereka yang mempunyai anak, adik-beradik, saudara-mara, sahabat atau anak murid yang menghidap autisme, maka memiliki ilmu dan kefahaman yang baik haruslah ada pada diri  masing-masing.

Kanak-kanak istimewa ini adalah sebahagian daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan orang kehilangan upaya (OKU), iaitu seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa sebagai seorang individu. Keistimewaan itu wujud dalam pelbagai keadaan, sifat dan bentuk yang berbeza sama ada kecacatan pada fizikal dan tubuh badan atau kekurangan pada keupayaan otak dan pemikiran yang bersifat tidak normal atau berbeza dengan kanak-kanak normal.

Istilah autisme berasal daripada perkataan autos yang bererti diri sendiri dan isme yang bererti satu saliran. Autisme bererti keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Austime ialah gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak yang menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan, komunikasi, interaksi, pola bermain dan juga mempunyai tingkah laku yang luar biasa. Kanak-kanak autisme lebih sensitif dan hiperaktif, golongan ini juga tidak tahu mempamerkan mimik muka semasa berkomunikasi bagi melahirkan perasaan mereka seperti tersenyum, berkerut, masam sedih dan sebagainya.

Menurut penulis, pelbagai maklumat  mengenai autisme boleh diperoleh dalam buku ini, seperti cara melayani dan mendidik kanak-kanak autisme ini. Buku ini juga, adalah antara bahan terbaik sebagai panduan kepada ibu bapa untuk memahami kanak-kanak austime.  Selain itu, terdapat juga beberapa petikan ayat daripada al-Quran sebagai panduan dan motivasi.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini  dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.