Select your language

100 Juadah Perayaan

Penulis
Norzailina Nordin

Terbitan
Grup Buku Karangkraf SDN. BHD. 2013. 223 Muka Surat.

 

Ulasan oleh Abdul Mutalib bin Titi, PD Kg. Dengan Tungku, Lahad Datu.

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India serta lain-lain kaum. Kemakmuran negara Malaysia membolehkan rakyat hidup harmoni tanpa perbezaan pendapat. Dalam suasana ini, kita juga berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan. Apabila menjelang hari perayaan apa pun, kita dapat berkongsi suasana kemeriahannya. Hidangan ketika itu adalah makanan yang tidak terdapat pada hari-hari biasa.

Setiap kali menjelang perayaan pastinya akan diraikan dengan meriah dan diwarnai pelbagai adat resam mengikut kepercayaan masing-masing. Sudah pastinya juadah dan hidangan basah atau kering menjadi sajian utama dalam sesuatu perayaan. Pelbagai makanan tradisi menjadi pilihan untuk meraikan kedatangan bulan-bulan perayaan tersebut. Juadah yang mengandungi 100 hidangan perayaan bagi setiap kaum iaitu perayaan bagi umat Islam, perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Krismas, perayaan Deepavali dan perayaan bagi masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Pelbagai resepi tradisional dan moden digabungkan di dalam buku ini. Sebagai contoh, masakan orang Melayu semasa perayaan ialah ketupat nasi, dendeng, rendang, kari yang pekat, serunding dan lain-lain.  Pelbagai makanan kegemaran masyarakat orang Melayu seperti rendang kerang dan nasi impit, rendang Tok dan lemang, rendang udang Minang dan lain-lain lagi. Manakala, bagi perayaan Tahun Baru Cina pula ialah kuih bulan, kuih bakul, kuih bangkit dan Kiam Chang. Kuih ini adalah juadah tradisi bagi suku kaum Cina. Makanan ini dianggap sebagai suatu juadah istimewa yang penting dan mesti dihidangkan kepada rakan dan tetamu pada Tahun baru Cina.

Bagi masyarakat India pula makanan seperti Aloo Gobi, Neiyi Urundai dan  Beriani Hyderabad wajib dihidangkan semasa perayaan Deepavali. Bagi kaum Kadazan Dusun di negeri Sabah, perayaan Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Tadau Kaamatan adalah pesta yang merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati “Bambazon” iaitu semangat padi. Makanan seperti Pinaasakan Sada,  Tapai Nasi, Ambuyat dan lain-lain adalah makanan kegemaran kaum Kadazan Dusun. Bagi kaum Iban & Bidayuh di Sarawak makanan kegemaran semasa perayaan seperti Laksa Sarawak, Mi Kolok, Kek Jantung, Kek Lapis Coklat dan sebagainya. Begitu juga suku kaum lain yang terdapat di Sabah dan Sarawak mempunyai makanan tradisi semasa hari perayaan.

Buku bertajuk '100 Juadah Perayaan' ini adalah sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat kerana ianya banyak memberi panduan dan rujukan ketika memasak khususnya masakan dari perbagai kaum di Malaysia.  Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini  dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Bagaimanapun, buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca dapat menjaga hati dari kegelisahan dan memelihara waktu dari kesia-siaan."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.