A- A A+

21 Mac menandakan Hari Puisi Sedunia. Perayaan ini dapat dijejak kembali pada tahun 1999, di mana UNESCO mengiktiraf 21 Mac sebagai Hari Puisi Sedunia semasa Persidangan Umum ke-30 di Paris. Mereka menyatakan bahawa ia merupakan hari untuk meraikan ekspresi dan identiti kebudayaan dan linguistic yang paling berharga bagi masyarakat. Perayaan ini diharapkan dapat mempromosikan dan menggalakkan orang ramai membaca, menulis, dan mengajar puisi di seluruh dunia.

Tahukah anda bahawa puisi pertama berasal daripada Babylon yang dikenali sebagai “Epic of Gilgamesh” dan kini berusia 4,000 tahun? Pada hari ini, terdapat banyak jenis puisi untuk kita nikmati. Namun, ini tidak bermakna anda tidak boleh menulis puisi, kerana cara terbaik untuk meraikan Hari Puisi Sedunia adalah dengan menulis puisi anda sendiri. Anda tidak perlukan pelan ataupun rima untuk menulis sebuah puisi. Tulislah apa sahaja yang terasa betul. Semasa perayaan ini, anda juga boleh mengubahsuai ruang tamu anda menjadi seakan-akan kedai buku atau kafe, dan berkongsi karya (puisi) anda ataupun salah satu puisi kegemaran kepada keluarga dan rakan-rakan anda. Lebih baik lagi, tambahkan beberapa puisi yang telah memenangi anugerah pada senarai bacaan anda!

 

Koleksi Buku Kami



Koleksi eBook Kami

Arkib

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.