Select your language

Variasi Sajian Sihat

Penulis
Sa'adiah Mohamad

Terbitan
Shah Alam, Selangor: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd., 2004. 160 Muka Surat

 

Ulasan oleh Aminah Arjani, PNS Cawangan LAHAD DATU.

Ubahlah persepsi anda terhadap falsafah makan. Anda tidak perlu berlapar untuk sihat, sama seperti anda tidak perlu makan keterlaluan kalau semata-mata mahu menjadikan dirinya anda seorang yang berpenyakit. Penjagaan dan amalan pemakanan yang sihat perlu diamalkan sewaktu tubuh kita sihat dan bukan selepas kita diserang pelbagai penyakit. Seseorang pesakit sebenarnya masih boleh menikmati hidangan makanan seperti orang lain yang sihat. Cuma bahan-bahan yang digunakan dan kaedah memasak perlu sesuai dan terkawal.

Kajian membuktikan faktor pemakanan yang tidak sihat dapat meningkatkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, obesiti, darah tinggi, penyakit jantung dan beberapa jenis kanser. Penjagaan kesihatan diri dan pengambilan makanan seimbang adalah amat penting untuk mengekalkan kesihatan diri dan keluarga. Makanan yang bersih, segar dan berkhasiat sememangnya mempengaruhi seluruh tubuh. Salah satu elemen penting untuk meningkatkan kesedaran ini ialah melalui pemilihan dan penyediaan makanan secara sihat dan bijak.

Buku bertajuk Variasi Sajian Sihat ini menghimpunkan pelbagai resepi berkhasiat untuk mereka yang mengamalkan diet dan penghidap penyakit kronik. Selain itu, ia juga mengumpulkan sajian-sajian yang sesuai untuk wanita-wanita hamil dan ibu-ibu dalam berpantang selepas melahirkan anak. Menggariskan beberapa resepi sihat yang telah dimodifikasi, buku Variasi Sajian Sihat ini membolehkan pengguna membuat pilihan kaedah memasak yang lebih sihat seperti; memanggang, mengukus dan merebus selain kaedah menggoreng tetapi menggunakan minyak jagung, minyak sayuran dan minyak masak tanpa kolesterol. Padat dengan gambar sajian resepi sihat yang menarik dan berwarna-warni, pastinya buku ini sangat bermanfaat untuk meningkatkan tahap kesihatan anda sekeluarga.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini  dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca dan menulis itu bukanlah sekedar hobi, tapi kebutuhan."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.