Select your language

Tumbuhan Herba Untuk Mengatasi Penyakit Jantung, Darah Tinggi Dan Kolesterol

Penulis
Sudjaswadi Wiryowidagdo, Drs. Dan M Sittanggang

Adaptasi
Noraida Hj Ilias

Terbitan
Kuala Lumpur: Synergy Media books.  110 Muka Surat.

Ulasan oleh Fahmi BT Hj Mohd Tery, Seksyen Perkhidmatan Pembaca, Perpustakaan Wilayah Sandakan

Penggunaan tumbuhan herba dalam perubatan Melayu tradisional telah bermula sejak dahulu lagi. Namun dewasa ini, bagaikan sudah jadi satu fenomena biasa bagi masyarakat kita mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat sehingga mengabaikan pelbagai aspek penjagaan kesihatan.

Tumbuhan herba tradisional banyak manfaat terhadap penyakit kardiovaskular dan penyakit tekanan darah tinggi. Sejak turun-temurun, tumbuhan herba telah terbukti mempunyai khasiatnya yang tersendiri, boleh dimanfaatkan dalam bidang perubatan terutamanya perubatan tradisional dan tambahan kepada ubat-ubatan yang diperolehi dari farmasi. Bahagian-bahagian tumbuhan yang sering digunakan ialah daun, bunga, akar, batang, kulit biji, kulit kayu, buah, air atau jus buah, akar tunjang, akar rerambut, selaput buah, duri, getah, sabut, isirong dan hampas buah. Setiap bahagian ini pula memiliki khasiatnya yang tersendiri sebagai ubat atau penawar penyakit. Penggunaan herba tradisional ini sama seperti ubat moden, ia diminum sebelum atau selepas makan bergantung kepada keperluan dan jenis ramuan yang disediakan. Terdapat ramuan ubat yang boleh diminum terus semasa panas dan ada yang perlu disejukkan sebelum diminum. Ramuan yang disediakan untuk mengubati penyakit darah tinggi lebih sesuai diminum dalam keadaan panas untuk memberikan kesan yang efektif. Ramuan ubat ini bersifat diuretik sehingga dapat mempercepatkan proses penghasilan urin atau air kencing.

Tumbuhan herba bukan sahaja boleh berfungsi sebagai pengawal diri daripada gangguan penyakit dan untuk mengubati penyakit, malah ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan lapar di samping menyihatkan tubuh. Amalan pengambilan herba secara berterusan dan konsisten boleh mempercepatkan proses penyembuhan penyakit.

Buku ini ditulis untuk membantu anda meleraikan segala kemusykilan tentang ubat-ubatan. Sebagai contoh, keperluan pengambilan ubat-ubatan, pilihan ubat-ubatan dan cara pengambilan ubat-ubatan. Keseluruhannya, buku ini sarat dengan panduan umum bagi memupuk dan sesuai dibaca oleh semua masyarakat khususnya pesakit agar lebih berpengetahuan, berkomunikasi dan berkemahiran menggunakan ubat-ubatan yang bermutu dan rasional.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Tidak ada teman yang setia seperti bersama sebuah buku."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.