Select your language

Tinta Nasihat Untuk Penuntut Ilmu

Penulis
Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Terbitan
Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan: Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd., 2015.  151 Muka Surat.

 

Ulasan oleh Ernawati Abd Moes, Perpustakaan Cawangan  Tawau

Kadangkala tidak disangka ramai juga pelajar yang rebah, patah semangat, dan akhirnya kecundang dalam menuntut ilmu. Buku yang bertajuk “Tinta Nasihat Untuk Menuntut Ilmu' ini ada jawapannya dalam menyelesaikan kemelut yang dinyatakan itu. Begitu juga membakar semangat pelajar untuk meraih kejayaan yang cemerlang dalam perjalanan menuntut ilmu. Kejayaan anak-anak bergantung kepada 3 elemen utama iaitu persiapan guru dalam pengajaran, sokongan dan dokongan ibubapa yang padu, dan semangat anak-anak yang begitu kuat untuk belajar.

Sebenarnya ilmu dibahagikan kepada pelbagai bentuk, antaranya, Ilmu alat  atau wasilah seperti ilmu nahu, adab, dan balaghah serta Ilmu matlamat atau ghayah, seprti ilmu tauhid, fiqh dan tasawuf. Carilah sahabat seramai mungkin tetapi jangan bermusuh walaupun dengan hanya seorang. Antara perkara baik yang perlu kita lakukan untuk mencapai dan menguasi ilmu adalah dengan mempunyai semangat yang kental tidak mengenal erti penat dan lelah sebaliknya meneruskannya dengan penuh istiqamah. Sentiasa munajat dan berdoa kepada Allah semoga dikurniakan ilmu, ditambah dan diberkati ilmu tersebut juga sentiasa menggunakan peluang dan masa yang ada untuk mengkaji dan mentelaah ilmu.  Buku ini mengandungi beberapa tip, motivasi dan inspirasi kepada para pelajar agar jangan lemah semangat dan tewas dalam medan menuntut ilmu dalam melakar kejayaan yang cemerlang.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya,  sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.