Select your language

Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak

Penulis: Zainun Ishak

Penerbit: Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2006.  205 Muka Surat.

 

 

Ulasan oleh Jokiah Gandili.

Seseorang dikatakan sihat bila tidak mempunyai penyakit yang berbahaya atau penyakit yang akan merebak. Kesihatan adalah perkara yang kompleks dan sentiasa berterusan di antara faktor biologikal semula jadi dengan faktor persekitaran. Kesihatan dipengaruhi oleh tiga perkara iaitu, kesihatan ibu dan anak dimana kanak – kanak akan mengalami kesihatan yang menyeluruh jika dia membesar dalam suasana kasih sayang daripada keluarga, dengan pemakanan yang berkhasiat, keselamatan persekitaran, mempunyai peluang mendapatkan pendidikan yang baik dan mendapat kemudahan untuk beriadah yang bersesuaian dengan umur mereka.

Kesihatan juga dipengaruhi oleh baka yang diturunkan dari ibu bapa. Ciri-ciri ini akan menentukan ciri genetik anak tersebut seperti pertumbuhan, perkembangan serta kemungkinan tentang kesihatan kana-kanak. Persekitaran juga memainkan peranan penting untuk menentukan tahap kesihatan seseorang. Persekitaran pada umumnya merangkumi faktor fizikal, sosial, kedudukan ekonomi dan budaya sesebuah keluarga.

Kesejahteraan menampilkan konsep bahawa kesihatan seseorang tidak hanya ditentukan dari daya perubatan atau penyakit seseorang tetapi ditentukan daripada potensi daya pencapaian atau kemajuan seseorang dimana ia dapat diperlihatkan sebagai suatu proses untuk pembaharuan diri secara berterusan. Perkara yang harus diambil kira adalah pemakanan dan kawalan berat badan, tekanan dan ketegangan, bertenang atau merehatkan diri, penyalahgunaan pengambilan alkohol, tembakau atau dadah dan keselamatan personal. Kesejahteraan secara keseluruhan merangkumi kesihatan emosi, kesihatan fizikal dan kecergasan diri yang saling berkaitan antara satu dengan yang lain.

Keselamatan pula merujuk kepada melindungi individu agar sentiasa merasa selamat, memberi perlindungan agar dapat hidup dengan sejahtera dan melindungi daripada bahaya dari menimpa. Secara khususnya, untuk menghindar keadaan yang akan membawa kemalangan.

Buku 'Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak' ini membincangkan aspek-aspek penting seperti konsep kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan; konsep asas kecergasan fizikal; aktiviti fizikal dan permainan kanak-kanak; makanan dan amalan pemakanan; konsep asas keselamatan kanak-kanak di rumah, di sekolah dan di taman permainan; asas penjagaan kesihatan kanak-kanak; peranan guru dalam program keselamatan; tindakan semasa kecemasan; kemahiran pertolongan cemas, dan perkhidmatan kesihatan dan keselamatan.

Dalam buku ini, contoh-contoh aktiviti dan nyanyian diberikan untuk membantu dalam pengajaran dan pembelajaran agar lebih kreatif, ceria dan menyeronokkan. Buku ini dapat dijadikan panduan bagi sesiapa sahaja supaya kita dapat menambah pengetahuan dalam penjagaan dan pendidikan kanak – kanak.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini,  Sila hubungi perpustakaan yang terdekat dengan anda atau dengan melayari laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Buku adalah teman yang berharga. Namun, sulit untuk menjelaskan hal itu kepada yang tak suka membaca."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.