Select your language

ISTANBUL AKU DATANG

Pengarah
Bernad Chauly

Pelakon
Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok, Aizat Amdan

Terbitan
PRIMWORK STUDIOS, 08 Nov 2012.

Genre
Komedi, Romantik

Ulasan oleh Mimi, Latihan Industri, UNISEL, Selangor.

Filem komedi romantik Malaysia ini, pada 2012 yang diarahkan oleh Bernad Chauly dan ia ditulis oleh Rafidah Abdullah. Filem tersebut dibintangi oleh Lisa Surihani (Dian), Tomok (Azad) dan Beto Kusyairy (Harris). Filem Istanbul Aku Datang ini mengisahkan tentang Dian yang sungguh percaya akan takdir cinta hatinya sehingga dia sanggup terbang ke Instabul, Turki. Kerana Dian akan merasa dekat kepada kekasih hatinya ketika berada di tempat yang sama.

Dian adalah seorang penulis blog yang selalu mengimpikan sebuah kebahagian dan keputusan yang boleh mengundangkan seribu kebahagiaan senyuman kepadanya. Selain itu, ketika Dian telah sampai ke Istabul, dia menemukan banyak halangan dan masalah yang timbul.  Sepertinya, dia telah ditipu, rumah yang di sewanya, mempunyai penyewa yang terlebih awal daripadanya iaitu Harris (seorang pelukis). Pertemuan mereka pada awalnya menimbulkan banyak ketegangan dan koflik. Walau bagimanapun, akhirnya memberikan satu keserasian antara mereka.  Sehinggakan Dian dan Harris duduk serumah. Ketika Dian berada di Istanbul hubunganya dengan Azad semakin jauh, Azad kurang mengambil tahu tentang Dian, perasaan kecewa itu di pendam oleh Dian seorang diri.

Pada satu masa, Dian mengetahui Azad membohonginya dan berlaku curang terhadapnya di belakang, selama Azad di Istanbul. Ketika berlakunya pergaduhan Dian dengan teman wanita Azad, Dian memutuskan Azad, harapan Dian yang selama ini ingin bersatu pada Azad kini hancur hanya dalam sekelip mata. Harris membawa balik Dian dan Dian mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia. Pada masa Dian, berangkat balik, Azad muncul merayu untuk mempertahankan hubungan mereka, tetapi Dian menolaknya dan tidak lagi tergoda dengan pujuk rayu oleh Azad.

Disamping itu, Dian mengambil keputusan memilih pasangan dan berkahwin bersama dengan Haris. Filem ini juga, ditayangkan pada 8 November 2012.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.