Select your language

Cash Flow Untuk Wanita

Penulis: Shamsuddin Kadir dan Ain Muhammad

Penerbit: Petaling Jaya, Selangor: Galeri Ilmu Sdn. Bhd., 2017. 118 Muka Surat.

 

 

Ulasan oleh SALINA BINTI TITI, Seksyen Perkhidmatan Pembaca, Perpustakaan Cawangan Sandakan.

'Biar nampak sederhana asalkan bijaksana' adalah daripada prakata yang terdapat dalam buku ini yang bertajuk 'Cash Flow Untuk Wanita' ditujukan khas  kepada semua wanita. Buku ini juga sangat sesuai dihadiahkan kepada wanita seawal usia 15 tahun ke atas, supaya mereka tidak menuding jari kepada takdir apabila berlaku sesuatu yang tidak kena terhadap masalah-masalah yang timbul berpunca daripada masaalah kewangan.

Pernahkah kita bertanya khabar bagaimana kesihatan gaji kita hari ini? Sihat atau Kritikal?  Dompet kita berisi atau makin mengempis?  Ataupun dompet kita ada penyakit obesiti resit sahaja?  Kebanyakan wang ditangan kita tak pernah rasa cukup disebabkan terlalu ikut kehendak kata orang, bukan ikut kata diri sendiri? Kerana mahu tutup mulut orang daripada mengkritik, lalu kita beli barangan yang kita tidak mampu?

Buku ini menjadikan wanita lebih matang, lebih memikirkan tentang perkara penting, dan juga menjadi lebih bijak dalam membuat keputusan dan memilih jalan hidup yang ada dengan duit.

Kebanyakan wanita atau isteri, sanggup berbelanja semata-mata untuk mempamer nilai diri yang mewah, tetapi tidak memilih kepada nilai kewangan yang mereka ada.  Mereka berbelanja seolah-olah bagaikan tiada hari esok.  Apabila mereka gagal menguruskan wang, hidupnya jadi kacau-bilau. Menurut penulis, jika tidak diubah gaya berbelanja dan gaya berfikir, sistem kewangan hidup juga mustahil berubah ke arah positif.  Namun tidak dinafikan ramai juga wanita yang bijak uruskan wang lebih baik daripada lelaki ataupun suami.      

Segala persoalan dan jawapan pastinya akan ditemui, setelah para wanita membaca buku ini serta memahami segala cerita yang tersirat dan tersurat. Maka  pastinya dengan kesedaran yang ada, pasti akan melahirkan wanita yang hebat, berwawasan, cerdik dan mampu berdikari.

Penulis berharap semoga buku ini, pembaca terutamanya wanita hendaklah muhasabah dan berdisiplin dalam setiap perbelanjaan seharian. Tambahkan ilmu tentang kewangan agar hidup kita lebih terjamin pada masa hadapan. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini, sila dapatkan buku tersebut di Perpustakaan Negeri Sabah yang berdekatan dengan anda atau lawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.