Buku Panduan Latihan Perpustakaan Negeri Sabah adalah selaras dengan aspirasi negara yang antara lainnya bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja termasuk pegawai awam yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi. Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam ditambah baik melalui Dasar Pembangunan Sumber Manusia (DPSM). Hasrat utama DPSM ialah membangunkan kompetensi dalam kalangan pegawai awam supaya dapat memenuhi keperluan semasa serta bersedia menghadapi cabaran akan datang. Di bawah DPSM, pembangunan kompetensi diperluaskan dengan menggunakan pendekatan Model Pembangunan 3P iaitu Pendidikan, Pendedahan dan Pengalaman.
PERMOHONAN KURSUS/BENGKEL/LATIHAN