A- A A+

BUAT DUIT DARI RUMAH

Penulis
MOHD ROZANI PAWAN CHEK

Terbitan
PTS PROFESSIONAL PUBLISHING SDN.BHD. 227 MUKA SURAT.

Ulasan oleh Jokiah Gandili, Perpustakaan Desa Pekan Nabalu

Buat duit dari rumah bukan satu perkara yang asing lagi bagi semua orang. Tidak hanya dalam negara kita sahaja, malah di seluruh dunia, istilah buat duit dari rumah telah menjadi satu kebiasaan pada masa ini. Buat duit dari rumah telah dilakukan oleh suri rumah, pelajar, pekerja dalam sektor kerajaan dan swasta dan juga mereka yang menganggur. Apabila seseorang yang tidak memiliki pekerjaan melakukan buat kerja dari rumah, ini bermakna  pengangguran itu tidak berlaku. Hal ini kerana, terlalu banyak cabang perniagaan yang dapat dilakukan. Sebagai contoh , menjual barang secara online, hanya duduk di meja makan untuk menjalankan perniagaan.

Adakah mustahil untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda dengan hanya menggunakan wang, masa dan tenaga yang sedikit? Dengan motivasi yang tinggi, ketetapan hati, ketabahan, kesabaran dan komitmen anda mampu merancang segala gerak kerja dan objektif dalam perniagaan anda. Bekerja melalui internet, anda perlu beroperasi dan berkomunikasi serta berhubungan dengan jutaan orang di seluruh dunia dan bersaing dengan beribu-ribu syarikat yang lain. Oleh itu, anda perlu percayakan diri anda sendiri bahawa anda mampu.

Buku Buat Duit Dari Rumah, hasil tulisan Mohd Rozani Pawan Chek, mengupas rahsia bagaimana menjalankan kerja dari rumah. Buku ini mampu memberi input yang bermanfaat kepada para pembaca. Buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian oleh penulis. Bahagian 1 membincangkan mengenai Mail Order Konvensional yang dihuraikan dalam 17 bab, bahagian 2 membincangkan berkaitan Mail Order Melalui Internet dan dibincangkan dalam 28 bab dan bahagian 3, Motivasi Jutawan Mail Order, membincangkan 8 bab.

Buku ini dapat dijadikan panduan untuk meneroka peluang yang ada bagi meningkatkan taraf ekonomi kerana peluang seperti ini sekiranya dilakukan dengan penuh kesungguhan mampu menambah pendapatan yang luar biasa. Buku ini juga dapat membuka hati, mata dan jalan untuk menerokai alam siber tanpa memerlukan modal yang tinggi. Beberapa rahsia berdasarkan pengalaman penulis sendiri boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang benar-benar mahu berkecimpung dalam bidang ini. Berbekalkan buku ini, sekiranya anda mampu mempraktikkan setiap rahsia yang terkandung dalam buku ini, anda mampu menjadi jutawan.

Buku ini terdapat di Perpustakaan Desa Pekan Nabalu. Oleh yang demikian, untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila lawati laman web Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Bagaimanapun buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

Ulasan Buku

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.