A- A A+

BELAJAR SANTAI TAPI POINTER 4.0

Penulis
YUAN ACITRA

Terbitan
JOHOR: PERNIAGAAN JAHABERSA, 2014. 132 MUKA SURAT.

Ulasan oleh Nurul Zahirah Mohd Salleh, Pelajar Latihan Industri, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Dewasa ini, sektor pendidikan bukan lagi hala tuju utama bagi remaja pada masa ini sejak wujudnya teknologi moden sejajar dengan perkembangan media sosial secara global. Hal ini demikian, ramai anak muda sudah semakin kurang minat terhadap pembelajaran, sebaliknya lebih berkecimpung sebagai influencer dalam dunia hiburan melalui aplikasi-aplikasi seperti Tiktok, Instagram, Twitter, Facebook dan pelbagai lagi aplikasi yang lain. Bukan itu sahaja, kebanyakan mereka juga kurang pendedahan terhadap tips-tips pembelajaran yang berkesan.

Dalam buku ini, penulis banyak berkongsi kepada pelajar khususnya mahasiswa mengenai tips-tips penting untuk mahasiswa mencapai kejayaan pada masa depan. Apa yang menarik, penulis menggunakan bahasa yang mudah difahami, gaya penulisan yang menarik pembaca untuk membaca tanpa rasa bosan.

Terdapat 19 buah kandungan utama yang terdiri daripada Opportunity Cost dari kuliah dan pandangan ke depan, tujuan dan manfaat dari kuliah, tips di tahun pertama, bagaimana mengatur waktu anda, tips ketika berhadapan dengan pensyarah, tips menghadapi pensyarah killer, tips belajar secara sendiri, tips tentang ujian, gunakan perpustakaan serta ketika gred markah buruk dan sembilan tajuk yang lain. Melalui tajuk-tajuk kecil yang dikongsikan penulis dalam buku ini, sudah jelas memaparkan sebuah penulisan yang menarik.

Apa yang telah dikongsikan di dalam buku ini adalah pengalaman penulis sendiri ketika menjadi mahasiswa. Pada tahun pertama, penulis memberikan tips agar tidak terlalu santai pada semester pertama dan kedua untuk mengelakkan daripada mendapat nilai yang buruk, namun sebaliknya mahasiswa harus merancang pembelajaran yang lebih efisien setelah menjejakkan kaki ke alam universiti. Antara tips yang dinyatakan termasuklah, jangan memandang mudah terhadap subjek-subjek asas pada awal semester, cuba fahami dengan lebih terperinci apa subjek yang dipelajari untuk memudahkan mahasiswa mencapai target pada ujian hujung semester. Selain itu, disiplin terhadap masa dan peraturan waktu kuliah.

Seterusnya, waktu belajar. Apabila sudah menjejakkan kaki ke alam universiti, kebanyakan mahasiswa lebih gemar belajar secara bersendirian berbanding berkumpulan. Perkara ini untuk mengelakkan daripada membuang masa dengan cerita-cerita kosong. Penulis turut berkongsi tips yang boleh dijadikan motivasi untuk mereka yang suka belajar bersendirian. Pertama, mengulang kaji semula apa yang mereka pelajari sewaktu kuliah utnuk meningkatkan lagi pengetahuan mereka tentang apa yang mereka pelajari pada waktu itu. Kedua, tidak perlu meniru sistem pembelajaran orang lain, sebaliknya tentukan jadual waktu belajar yang efektif dan efisien yang disukai.

Justeru, banyak lagi tips lain yang dikongsikan oleh penulis dalam buku ini yang boleh diambil oleh mahasiswa dan mahasiswi ketika melanjutkan pengajian di peringkat menara gading. Semoga lebih ramai penulis di luar sana menghasilkan buku-buku yang banyak memberi motivasi kepada pelajar.

Buku ini ada di dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Semporna. Walau bagaimanapun, buku ini akan mengambil masa untuk dihantar di luar kawasan Perpustakaan Cawangan Semporna atau Kota kinabalu. Sila berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat atau melayari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.