Select your language

TERAPI JUS UNTUK MENGATASI PENYAKIT REUMATIK DAN GOUT

Penulis
DR.PRAPTI UTAMI

Terbitan
SYNERGY MEDIA. 55 MUKA SURAT.

Ulasan oleh Radzsata Binti Abd. Razak, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Sipitang

Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit reumatik? Menurut pakar perubatan, penyakit reumatik ialah penyakit yang melibatkan sendi, tendon, otot dan ligamen serta struktur-struktur yang berkaitan. Reumatik dikenali sebagai keadaan otot atau tulang yang sering berasa pedih, sakit dan keras pada sistem sendi dan terjadinya penyakit pada sistem jaringan kumpulan sel dalam tisu. Kesakitan ini mungkin disebabkan kecederaan atau kerosakan sendi-sendi yang tidak dapat sembuh dalam jangkamasa yang lama. Manakala, penyakit gout secara umumnya ialah penyakit radang sendi akut yang melibatkan satu sendi sahaja terutamanya sendi ibu jari kaki. Ia berlaku disebabkan kadar asid urik yang tinggi di dalam darah. Penyakit gout ini akan datang secara tiba-tiba dan tidak dapat dijangkakan. Gejala yang khusus adalah seperti sengal di mana-mana bahagian sendi tertentu akan menjadi bengkak, kulit akan menjadi merah atau ungu dan nampak berkilat.

Menurut penulis, buku ini merupakan satu penekanan tentang penyediaan jus berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai inisiatif untuk mengatasi kedua-dua jenis penyakit. Terapi jus merupakan satu bentuk rawatan yang digunakan dengan hanya mengamalkan minuman yang berkhasiat dan bertenaga yang boleh diperolehi dari estrak buah-buahan, sayur-sayuran mahupun bahagian-bahagian tanaman yang mempunyai khasiat tertentu. Penulis juga menyatakan bahawa jus yang disediakan dapat membantu mengembalikan fungsi sendi atau otot yang sakit dengan cara membekalkan pelbagai jenis vitamin dan garam mineral yang diperlukan untuk membaiki jaringan sel rosak tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan.

Buku ini menyenaraikan beberapa jenis jus yang sesuai diminum untuk mengatasi rasa sengal dan sakit akibat serangan penyakit reumatik atau gout untuk peringkat akut mahupun kronik. Buku ini dilengkapi dengan gambar buah-buahan dan penerangan akan khasiatnya. Selain itu, penulis juga memberikan beberapa senarai resepi dan cara-cara penyediaan jus-jus untuk mengatasi penyakit. Penggunaan jus buah-buahan dan sayur-sayuran yang ternyata mengandungi jumlah air yang banyak dapat membantu dalam menangani masalah panyakit ini.

Buku ini merupakan salah satu koleksi Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Sipitang. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan kakitangan bertugas atau hubungi di talian 087-821003. Selain itu, sila berkunjung ke perpustakaan yang terdekat atau sila layari laman web Perpustakaan Negeri Sabah www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Makin banyak membaca, makin aku banyak berpikir; makin aku banyak belajar; makin aku sadar bahwa aku tak mengetahui apa pun." (Voltaire).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.