Select your language

Teknik Meningkat Daya Ingatan : Fantastik! Mampu meningkatkan daya ingatan anda sehingga 500%

Penulis
Irwan Widiatmoko

Terbitan
Kuala Lumpur: Synergy Media. 245 Muka Surat.

Ulasan oleh Vironika Dulang, Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah

Buku yang berjudul ‘Teknik Meningkatkan Daya Ingatan’ ini merupakan sebuah buku khusus kepada pembaca yang ingin meningkatkan daya ingatan tanpa mengira golongan dan usia. Menurut penulis, fakta tentang kapasiti luar biasa kemampuan otak manusia untuk menyimpan maklumat tanpa had.

Penulis buku ini merupakan seorang Master Trainer di Brain’s Power yang mempunyai kepakaran dalam bidang daya ingatan dan tercatat sebagai Pemegang Rekod dalam bidang daya ingatan. Penulis juga seorang yang berpengalaman melatih lebih dari 10,000 peserta yang terdiri daripada pelajar dan orang dewasa dalam bidang daya ingatan.

Di dalam bab buku ini iaitu Otak yang menakjubkan di muka surat 1 – 22 telah menarik perhatian saya untuk membaca dan mengulas bab ini. Tahukah anda berapakah jumlah sel otak manusia dan apakah kemampuan otak manusia ini?  Kerana otak manusia ibarat alam semesta seberat satu kilogram menurut ilmuan yang bernama Marian C. Diamond. Sel otak manusia berjumlah satu trilion neuron dan jumlah ini melebihi jumlah manusia di muka bumi. Menurut penulis lagi, kebanyakan manusia hanya menggunakan otak mereka sebanyak 0.0001% ataupun kurang. Bayangkan jumlah sel otak yang begitu banyak tidak akan habis digunakan sehingga umur manusia 100 tahun sekalipun.

Menurut Teori Moden, ingatan manusia dikatakan terletak di bahagian Serebrum  atau otak besar iaitu bahagian yang menutupi otak ini di kenali sebagai Neocortex. Justeru, keseluruhan bahagian otak terdiri daripada tiga bahagian iaitu Neocortex, Limbic System dan Reptilian Complex.

Secara ringkasnya, Neocortex berfungsi untuk berfikir, bercakap, melihat, mendengar dan mencipta.  Di bahagian Neocortex juga terbahagi kepada dua iaitu fisiologi otak kiri dan otak kanan.  Otak kiri berkemampuan untuk menganalisis, mengira, berfikir logik, menulis, nombor dan menyusun atur. Manakala, otak kanan berkemampuan untuk berimaginasi, mewarna, muzik, kreatif, sensitif  dan beremosi.

Limbic System dikenali juga sebagai otak mamalia tua kerana hampir sama dengan otak mamalia berdarah panas. Ia berfungsi untuk mengurus emosi, seksualiti dan mempunyai peranan penting dalam memori. Reptilian Complex pula terletak di bahagian atas leher yang dikenali juga sebagai otak reptilia kerana hampir sama dengan otak reptilia berdarah sejuk. Ia berfungsi untuk menguruskan pernafasan kita.

Justeru, penggunaan otak secara seimbang dan optimum akan dapat menyimpan memori dalam jangka masa yang panjang. Buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan terutama sekali kepada pelajar dan pengamal pendidikan bagi meningkatkan daya ingatan kerana pelbagai tip dan teknik boleh diaplikasikan melalui pembacaan buku ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini, sila berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melayari laman sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828, 218726 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Makin banyak membaca, makin aku banyak berpikir; makin aku banyak belajar; makin aku sadar bahwa aku tak mengetahui apa pun." (Voltaire).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.