Select your language

Takut Apa? Temuduga Je Kot…..!

Penulis
Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Bin Badaruddin

Terbitan
Kuala Lumpur: CASAMAS RESOURCES, 2016.  204 Muka Surat.

Ulasan oleh Elizabeth Zaitol, Latihan Industri, UiTM Kampus Rembau, Cawangan Negeri Sembilan

Buku ini merupakan sebuah buku yang sangat menarik kerana ia membincangkan tentang hal temuduga. Temuduga merupakan satu proses yang mesti dilalui oleh seseorang yang menginginkan pekerjaan tidak kira sama ada dalam sektor awam ataupun swasta. Proses ini dianggap penting kerana melalui proses ini, individu yang memohon pekerjaan di sesebuah organisasi akan bersemuka dengan majikan. Oleh itu, individu diberikan peluang untuk menonjolkan keupayaan dirinya untuk membuktikan bahawa individu tersebut layak mendapatkan jawatan yang dipohon. Semasa temuduga dijalankan, penilaian yang menyeluruh akan dilakukan oleh majikan.

Buku ini telah ditulis dengan bertujuan untuk mengupas dan mendedahkan cara menguasai temuduga sehingga berjaya mendapatkan pekerjaan. “Only Those Who Dare To Fail Greatly Can Ever Achieve Greatly”. Ungkapan motivasi ini di kemukakan oleh penulis dalam bukunya ini bagi menaikkan lagi motivasi dan semangat para pembaca. Selain itu, penulis buku ini berpengalaman dan telah terlibat lebih 600 ceramah motivasi, team building dan takzirah di seluruh Malaysia. Beliau juga telah menghasilkan sebanyak 78 buah buku dalam membantu masyarakat di pelbagai peringkat usia untuk membina paradigma yang lebih dinamik.

Sebanyak 35 topik yang terdapat dalam buku ini. Buku ini juga ditulis dengan format yang sama mengikut topik yang dibincangkan. Sebagai contoh, penulis membuat senarai sub-topik yang terdapat dalam setiap topik. Di bawah sub-topik yang dibincangkan mempunyai huraian yang bersesuaian dengan contoh situasi yang di ceritakan.

Secara umumnya, buku ini mengupas tentang hal-hal penting yang wajib diambil kira mengenai temuduga iaitu perkara yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas temuduga dijalankan. Terdapat banyak tips-tips menarik yang diberikan oleh penulis bagi membantu pembaca membuat persediaan temuduga. Tambahan pula, penulis juga memberikan soalan-soalan yang kerap kali di tanya dalam temuduga. Kesalahan-kesalahan dan faktor-faktor kegagalan temuduga telah dibahaskan oleh penulis melalui contoh peristiwa yang sering berlaku semasa sesi temuduga berlangsung.

Sebagai individu yang sedang mencari pekerjaan dan akan menjalani temuduga tidak kira dalam sektor awam ataupun sektor swasta, kita haruslah sentiasa mempersiapkan diri secara menyeluruh. Mengenalpasti ciri-ciri personaliti diri dan membuktikan pengetahuan, kemahiran dan bakat adalah aspek penting dalam temuduga. Walaubagaimanapun, kita perlulah menilai motivasi dan keinginan untuk bekerja disamping berusaha untuk mendapatkan maklumat tentang jenis pekerjaan dan tanggungjawab kita dalam pekerjaan yang dipohon. Usaha yang berterusan adalah kunci untuk kejayaan yang sejati.

Oleh yang demikian, buku ini adalah sangat digalakkan bagi para pembaca yang bakal menjalani temuduga dan ingin berjaya dalam temuduga tersebut. Buku ini sesuai untuk semua golongan masyarakat dalam perngkat umur remaja sehingga ke dewasa.

Sehubungan itu, pembaca boleh lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-213623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini dan isi kandungannya.

Bagaimanapun, buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Buku adalah teman yang berharga. Namun, sulit untuk menjelaskan hal itu kepada yang tak suka membaca."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.