Select your language

SEKOLAH BERNAMA KEHIDUPAN

Penulis
ASMAR SHAH

Terbitan
Selangor: Lipur Lara Enterprise, 2016. 333 muka surat.

 Ulasan oleh Nursuhaidah, Ibu Pejabat, Perpustakaan Negeri Sabah

Sebenarnya buku ini telah menarik minat saya untuk membaca bermula dari kulit muka hadapan buku ini. Kulit buku ini memiliki ciri-ciri istimewa dan auranya yang tersendiri. Dari kulit hadapan kita dapat merasakan betapa tulusnya hati penulis yang ingin menceritakan kisah tentang persahabatan yang biasa tetapi penuh dengan magis kehidupan.

Buku ini berkonsepkan realisme, di mana penulis menceritakan kehidupan seharian masyarakat tersisih di daerah Sandakan. Cara penulis menyampaikan ceritanya di dalam buku ini seperti penulisan diari hariannya yang begitu bersahaja. Sekolah Bernama Kehidupan ini bukanlah novel tipikal yang seperti ada di pasaran yang mempunyai jalan cerita dengan permulaan, konflik dan penutup yang jelas.

Sejujurnya, dari helaian pertama saya membaca buku ini, saya sudah tertarik dengan jalan cerita yang disampaikan. Kerana, sang penulis seperti telah membuka pintu untuk pembaca mengenali dan menyelami keadaan realiti kehidupan sesetengah masyarakat di kawasan setinggan daerah Sandakan yang sangat asing dengan diri saya.

Asmar juga menceritakan dari sudut kehidupan budak kanak-kanak sangat kreatif dan tahan lasak bila mana untuk mencipta permainan kampung. Perasaan penat tidak pernah dihiraukan walau tidak memerlukan teknologi seperti telefon canggih dan internet bagi memenuhi masa lapang.

Hakikatnya, buku ini mengajar kita untuk sentiasa bersyukur atas nikmat yang kita peroleh masa ini. Janganlah kita terlalu mendongak ke langit sampaikan kita tidak mahu menghiraukan nasib orang lain. Tahniah buat penulis,  Asmar Shah kerana menulis karya yang sangat menyentuh perasaan dan membuatkan saya terpikir tentang kehidupan masyarakat yang tersisih ini.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau engkau hanya membaca buku yang dibaca semua orang, engkau hanya bisa berpikir sama seperti semua orang." (Haruki Murakami).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.