Select your language

Sabarlah Wahai Hati

Penulis: Mohd Haswazie Ismail

Penerbit: Shah Alam, Selangor: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd., 2015.  189 Muka Surat.

 

 

Ulasan oleh Muhammad Said bin Maarop.

Setiap insan memiliki sifat penyayang, marah, cemburu dan sabar.   Adakah anda mempunyai sifat yang sabar apabila menghadapi masalah.   Sabar itu adalah Anugerah Tuhan, mudah dilafaz tetapi sulit untuk dilakukan.   Sabar itu melelahkan dan sabar itu denai dalam kehidupan.   Teruskan bersabar kerana semua itu ada hikmahnya walaupun hati berat menerimanya.   Sesungguhnya sabar itu tidak mudah dilaksana bagi mereka yang kurang pengetahuan, tetapi bila seseorang benar-benar memahami erti kesabaran, maka dia dapat melalui dengan tenang dan mudah.

Kita sering mendengar perkataan ini daripada bicara orang ramai.   Tetapi sejauh mana kita memahami maksud sebenar tentang kesabaran dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian?

Menurut penulis buku buku yang bertajuk 'Sabarlah Wahai Hati' ini, apabila terjadi sesuatu ujian dan musibah biasanya orang akan berkata, "Bersabarlah.." dan ada pula yang menjawab, "Awak tidak berada di tempat saya, bagaimana awak boleh merasai keperitan dan kesusahan yang saya alami?"  Itulah senario biasa kita dengar dan hadapi dalam kehidupan seharian.   Lebih-lebih lagi kehidupan kita yang berada dalam masyarakat majmuk berbilang kaum ini.

Dalam Bab 17: Sabar dalam bekerjaya, Kita disuruh berusaha mencari nafkah supaya tidak menjadi golongan yang suka meminta-minta dan bermalas-malasan tanpa sebarang usaha untuk mengubah nasib sendiri.  Justeru, apa pun onak yang harus dilalui,  kita harus bersyukur kerana masih lagi mempunyai pekerjaan.

Kesimpulannya, buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat untuk merungkai segala kesulitan dalam kehidupan seharian.  Bahasa yang telah digunakan ringkas, tetapi mudah difahami.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini,  Sila hubungi perpustakaan yang terdekat dengan anda atau dengan melayari laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." (Joseph Addison).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.