Select your language

RAHSIA KESIHATAN DARI KURMA

Penulis
PANGKALAN IDE

Terbitan
KUALA LUMPUR: SYNERGY MEDIA. 136 MUKA SURAT.

 Ulasan oleh Zakky Afandi Bin Rasimin, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Ranau

Manusia  telah diprogramkan sejak dilahirkan untuk memerlukan gula. Sekali tubuh kita merasakan kesedapan gula, kita tidak perlu menunggu lama untuk membuat kita ketagih kepada gula kerana ketagihan gula sebenarnya telah bermula sejak kelahiran. Air susu ibu yang menjadi makanan utama bayi yang terasa amat manis sehingga bayi yang baru lahir pun mulai mengenali kenikmatan perasaan yang mereka perolehi daripada makanan manis. Terdapat pelbagai kesan buruk sekiranya pengambilan gula yang berlebihan dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang akan muncul.

Namun, setiap manusia memerlukan makanan manis dan penulis menggalakkan untuk pengambilan buah-buahan sebagai salah satu cara untuk mengurangi gula. Pelbagai jenis buah-buahan dikenal pasti sebagai sumber vitamin, terutama vitamin C dan mineral. Kandungan tenaga dan kalorinya juga rendah, kerana lemak yang dikandungnya juga rendah.

Kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh kita, terutama pada jantung dan pembuluh darah, iaitu kalium. Fungsi mineral ini membuatkan denyutan jantung semakin teratur, mengaktifkan hubungan antara otot serta membantu mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa. Apatah lagi beberapa penelitian membuktikan bahawa makanan tinggi kalium dapat menurunkan risiko serangan strok.

Selain itu, kurma adalah salah satu buah dengan kandungan gula yang tinggi sekitar 70 peratus, iaitu 70 hingga 73 peratus per 100 gram. Kandungan gula kurma sebahagian besarnya merupakan gula monosakarida sehingga mudah dicerna tubuh, antara lain glukosa dan fruktosa. Pada varieti kurma tertentu, juga terdapat gula sukrosa. Penyerapan gula kurma dalam tubuh cukup cepat, sekitar 45 hingga 60 minit, berbanding penyerapan pati pada nasi yang memerlukan waktu berjam-jam. Itulah sebabnya kurma merupakan makanan yang sangat baik untuk berbuka puasa kerana dapat membekalkan pengambilan tenaga secara tepat. Menurut penulis, penelitian kurma oleh para pengkaji di tanah Arab memiliki 360 manfaat kesihatan. Antaranya yang sedang diteliti adalah peranan kurma mengatasi buasir, keracunan gigitan haiwan, rabun senja, alahan kulit, kecemasan, kemurungan dan sebagainya.

Terdapat pelbagai jenis kurma yang dinyatakan oleh penulis didalam buku ini. Antaranya adalah jenis kurma phoenix dactilifera yang berbentuk kecil lonjong, jenis kurma emas golden date, kurma ajwah, kurma sukari untuk menambah kekuatan pada lelaki, untuk perempuan pula adalah kurma lubanah bermaksud kurma susu.  Kelengkapan kandungan multivitamin dan mineral yang terdapat pada buah kurma membuatkan buah berukuran kecil ini mempunyai manfaat yang kaya dan dapat menambah tenaga dan membantu mencegah pelbagai penyakit seperti osteoporosis, kanser sehingga kurang darah.

Penulis juga menerangkan bentuk pokok kurma yang mempunyai ketinggian sehingga 82 kaki atau sekitar 25 meter, jenis akar pokok adalah akar serabut dan daunnya seperti daun kelapa yang bertangkai panjang dan banyak helaian daun (pinnate). Kurma juga adalah salah satu buah purba yang masih ada di dunia, bahkan usianya dianggarkan lebih dari ribuan tahun.

Antara kandungan buku ini selain pengenalan tentang manfaat buah kurma, penulis juga menerangkan tentang penyakit-penyakit yang sering dihadapi masyarakat yang boleh dicegah atau dirawat melalui pengambilan buah kurma. Antaranya adalah penyakit diabetes, ubat sembelit, meningkatkan stamina, mengatasi kegemukan, menjaga kesihatan mata, pertumbuhan tulang, ubat batuk, ubat cacing, meningkatkan kemampuan pendengaran, ubat cirit-birit, demam, selesema, sakit tekak, pening, insomnia, meneutralkan alkohol, mengubati bengkak pada kaki, radang usus, sakit perut dan melancarkan pembuangan air besar, dan juga baik untuk kebaikan wanita, ubat anti penuaan, ubat kanser, coklat syurga dan lain-lain lagi.

Selain itu, penulis menyelitkan resipi-resipi yang terkenal dari buah kurma, yang boleh disediakan pada bila-bila masa sahaja terutamanya ketika berbuka puasa pada hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dan juga pada bulan Ramadhan. Antara resipi yang disediakan seperti kek lebaran kurma ceri, jus jamu kencur kurma, pengat ubi, pengat pisang, pengat kurma, kuih kukus kurma, ayam kukus rempah kurma berserta bahan-bahan, cara membuat resipinya dan lain-lain. Oleh itu, pengambilan buah kurma untuk menggantikan gula di dalam kehidupan seharian sangat digalakkan kepada semua masyarakat supaya dapat mencegah segala penyakit serta kesihatan yang lebih terjamin.

Buku ini adalah koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Ranau. Untuk mengetahui lebih lanjut dan berminat tentang buku ini boleh berhubung secara langsung dengan kakitangan yang bertugas untuk tempahan pinjaman. Walau bagaimanapun, buku ini akan mengambil masa untuk dihantar di luar kawasan Perpustakaan Cawangan Ranau atau Kota kinabalu. Sila berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat atau melayari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Hidup kita diubah oleh dua hal: orang yang kita cintai dan buku yang kita baca."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.