A- A A+

PERUSAHAAN LADANG DAN KILANG KELAPA SAWIT

Penulis
PARDAMAEN, MARULI

Terbitan
KUALA LUMPUR: SYNERGYMEDIA. 225 MUKA SURAT.

Ulasan oleh Neldra Vijay S Panikar, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Tuaran

Perusahaan ladang kelapa sawit dan kilang kelapa sawit (KKS) ketika ini menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan, salah satunya dapat dilihat dengan pulihnya harga CPO (crude palm oil). Pada masa akan datang, usaha perkebunan kelapa sawit dan unit pengolahan dirasakan semakin berkembang dengan pesat, seiring dengan kemajuan teknologi agar pemanfaatan kelapa sawit semakin dipelbagaikan. Misalnya penggunaan minyak kelapa sawit untuk biodiesel.

Ramai yang membahaskan mengenai teknik perusahaan kelapa sawit, tetapi tidak ramai yang membahas mengenai pengurusan penyelenggaraan kelapa sawit dan KKS. Sistem pengurusan yang baik sangat mempengaruhi kelancaran kegiatan perusahaan, sehingga pada akhirnya menjadi pendorong tercapainya tujuan perusahaan. Hal ini mendorong penulis untuk menulis dan menghasilkan buku yang diberi judul ‘Perusahaan Ladang dan Kilang Kelapa Sawit’.

Buku ini membincangkan mengenai penyelenggaraan kebun kelapa sawit dan kilang kelapa sawit (KKS) daripada struktur organisasi, pemanfaatan sumber tenaga perusahaan (wang dan persediaan) dan alat pengurusan dalam mengawasi kegiatan kewangan dan perjalanan kebun kelapa sawit ataupun KKS, iaitu berdasarkan belanjawan dan laporan.

Melalui buku ini, diharapkan pembaca lebih mengenali dan memahami peranan belanjawan, struktur organisasi, daftar surat kuasa dan peraturan surat kuasa, rancangan cash flow, wang, persediaan dan laporan kebun, ataupun KKS agar dapat membantu pihak pengurusan menyelenggara perusahaan perkebunan, khususnya kebun kepala sawit dan KKS. Semoga buku ini juga dapat memberikan sumbangan dan manfaat bagi memperkembang lagi perusahaan perkebunan kelapa sawit dan unit pengolahan kelapa sawit, serta dapat menambah pengetahuan di dalam bidang pengurusan penyelenggaraan kelapa sawit dan KKS.

Buku ini ada di dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah, cawangan Tuaran. Sila hubungi Ketua Perpustakaan Cawangan Tuaran (Tel: 088-788325) atau berkunjung ke perpustakaan yang terdekat untuk tempahan pinjaman. Sila layari laman web Perpustakaan Negeri Sabah www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

 

Ulasan Buku

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.