Select your language

Penanaman Tomato

Penulis
Bernardinus T. Wahyu Wiryanta

Adaptasi
Noraida Hj. Ilias

Terbitan
Kuala Lumpur: Synergy Media Dengan Kerjasama Agro Media Group.  104 Muka Surat.

 

Ulasan oleh Bibi Nur Hashana Mohamad, Perpustakaan desa Kg. Merotai Besar, Tawau

Tomato merupakan salah satu sayuran yang amat digemari bukan sahaja di kalangan penduduk Malaysia, malah di seluruh dunia. Menurut kajian,  buah tomato bukan sahaja sedap dimakan tetapi juga mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan.  Pengguna terbesar tomato adalah dari sektor perkilangan dan pemprosesan makanan berasaskan tomato.

Pada masa kini, pasaraya menggunakan tomato sebagai produk jualan dalam bentuk puri, halwa dan sos. Tomato juga digunakan sebagai campuran hidangan di hotel hotel, restoran makanan segera, gerai-gerai makan mahupun di rumah.

Walaupun tomato merupakan salah satu komoditi dagangan yang mempunyai pasaran yang meluas di seluruh dunia,namun pengeluarannya di Malaysia masih berada pada tahap yang rendah. Pelbagai masalah yang dihadapi semasa peringkat pengeluaran menyukarkan para pengeluar atau pemborong untuk memenuhi permintaan yang tinggi di pasaran.  Antara masalah yang dihadapi adalah kawasan penanaman yang terhad, pemilihan benih tomato yang bermutu, cara menanam tomato, menangani masalah penyakit dan serangan serangga serta pengendalian hasil tuaian. Selain itu, teknologi pertanian di Malaysia juga masih lagi rendah berbanding dengan negara-negara maju seperti Netherland, Sepanyol dan lain-lain negara .

Buku yang bertajuk 'Penanaman tomato' ini merupakan salah satu siri buku pertanian yang telah dihasilkan bagi membantu penanam tomato dalam pengusahaan penanaman tomato secara terancang dan bersistematik. Buku ini juga memaparkan teknik-teknik penanaman tomato berdasarkan tiga sistem utama seperti sistem konvensional, sistem sungkupan plastik dan sistem hidroponik. Sistem-seistem ini merangkumi pemilihan jenis dan benih tomato yang sesuai di tanam, penyediaan kawasan penanaman, pemilihan kaedah penanaman, penjagaan, pembajaan serta pengendalian penyakit dan serangga. Turut dilampirkan dalam buku ini adalah piawaian mutu dan panduan penggunaan racun perosak yang bersesuaian.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila berkunjung ke perpustakaan yang terdekal dengan melawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 dan 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.