Select your language

PENANAMAN DAN PROSPEK PEMASARAN HALIA

Penulis
HARMONO DAN AGUS ANDOKO   

Terbitan
KUALA LUMPUR: SYNERGY MEDIA BOOKS. 92 MUKA SURAT.

 Ulasan oleh Atsi binti Alih, Perpustakaan Desa Kampung Meligan, Sipitang.

Halia (Zingiber Officinale) merupakan sejenis tanaman ubatan yang boleh didefinisikan sebagai produktiviti yang divariasikan dalam bentuk produk komersial. Sama ada untuk kegunaan dalam produk makanan, penjagaan diri, industri minuman dan bidang perubatan. Contohnya, rizom halia digunakan sebagai penyedap makanan, bahan asas minuman dan bauan serta bahan ubatan. Tidak hairanlah permintaan terhadap hadia di pasaran semakin meningkat dari semasa ke semasa kerana halia juga salah satu faktor yang menjadikan perusahaan dimanfaatkan sepenuhnya dalam pasaran di Malaysia disebabkan ia masih terhad.

Teknik penanaman halia yang perlu diambil tahu dan diperbaiki dengan cara menekankan kepada proses pembajaan secara intensif dan interaktif. Selain itu, Pengurusan awal seperti pelaksanaan amalan kultur dan pemilihan benih yang berkualiti perlu dipertingkatkan lagi. Pemilihan dan penyediaan benih yang bermutu dapat mengurangkan risiko tanaman diserang penyakit layu bakteria. Serangan penyakit ini boleh menurunkan tingkat pengeluaran bahkan kegagalan dalam usaha penanaman.

Dalam era globalisasi hari ini, telah wujud pelbagai kaedah penanaman halia sehingga dapat menghasilkan jumlah produktiviti yang maksimum bukan sahaja dari segi kuantiti malahan kualitinya. Halia merupakan salah satu daripada tumbuhan ubatan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi berbanding dengan tanaman umbisi yang lain seperti temulawak, temuputih, kunyit, cekur dan sebagainya.

Justeru itu, buku tentang halia ini ditulis, disusun dengan begitu rapi dan menyeluruh dengan tujuan untuk menambah pengetahuan, membimbing dan memberi pendedahan serta tunjuk ajar asas tentang halia khusus kepada petani dan para pembaca. Terdapat tiga topik penting yang ditulis berkaitan dengan sejarah penanaman halia, khasiat dan kegunaan halia serta ekonomi pengeluaran.

Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penerbit dan pihak-pihak yang telah bekerjasama membantu dalam penghasilan buku ini. Penulis juga ingin berterima kasih kepada beberapa orang pengusaha ladang tanaman halia atas kerjasama yang telah diberikan dalam menyempurnakan buku ini. Semoga buku ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini, sila kunjungi Perpustakaan Desa Kampung Meligan, Sipitang atau perpustakaan terdekat anda. Selain itu, anda juga boleh lawati laman sesawang kami di www.library.sabah.gov.my dan hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 bagi mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya bisa berpikir sama seperti semua orang." - Haruki Murakami

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.