Select your language

PEMBIAKAN DAN PENTERNAKAN IKAN BAWAL EMAS

Penulis
NIK DAUD NIK SIN

Terbitan
KUALA LUMPUR: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, 2016. 96 MUKA SURAT.

Ulasan oleh Salina binti Titi, Seksyen Perkhidmatan Pembaca, Perpustakaan Cawangan Sandakan

Pembiakan dan Penternakan Ikan Bawal Emas merupakan sebuah buku yang membincangkan tentang perihal kaedah pembiakan dan penternakan ikan bawal emas yang menjadi salah satu spesis utama dalam industri akuakultur di Malaysia. Sememangnya, memiliki dan membaca isi kandungan buku ini akan memberikan satu keseronokan dan kepuasan untuk mengenali ikan ini dengan lebih dekat.

Terdapat sembilan (9) bab di dalam buku ini untuk maklumat teknikal asas yang boleh dijadikan panduan kepada pengusaha untuk menceburi bidang akuakultur ikan ini. Dalam usaha untuk memperkembangkan teknologi pembiakan dan penternakan ikan bawal emas, melalui buku ini juga dapat memberikan pemahaman yang lebih jelas kepada para pengusaha tentang biologi, teknik pembiakan dan penternakan ikan tersebut.

Ikan bawal emas atau Trachinotus blochii merupakan ikan laut yang tergolong dalam keluarga Carangidae. Berdasarkan identifikasi spesies oleh Food and Agriculture Organization of The United Nations (FAO), terdapat dua lagi nama saintifik sinonim yang digunakan, iaitu Trachinotus falcatus dan Trachinotus ovatus dan ikan ini dikenali bawal emas kerana warna badannya berkilauan seperti emas putih. Di sesetengah daerah di kawasan Pantai Timur Malaysia pula, ikan ini turut dikenali sebagai ikan “nyok-nyok” (sejenis ikan tempatan) kerana mempunyai bentuk badan dan warnanya yang sama seperti ikan tempatan.

Buku ini amat berguna kepada pengusaha dan para pelajar yang terlibat dalam bidang akuakultur kerana melalui buku ini mereka dapat memahami aspek pembiakan dan pengeluaran benih ikan bawal emas secara umum. Penerangan tentang kaedah pengurusan benih, pemakanan, kaedah pencegahan dan pengawalan penyakit serta kaedah perawatan akan membantu bagi menjayakan usaha pengeluaran benih dan penternakan ikan ini. Aspek ekonomi pembenihan yang dibincangkan juga dapat memberikan panduan kepada pengusaha atau bakal pengusaha untuk menilai dan merangka rancangan perniagaan bagi pengeluaran benih ikan tersebut dengan lebih maju.

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang pembiakan dan penternakan ikan bawal emas, pengusaha dinasihatkan agar menghadiri kursus berjadual untuk mendapatkan pendedahan dan pengalaman secara teori dan praktikal yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Semoga buku ini akan bermanfaat kepada semua yang berminat tentang bidang perikanan dan akuakultur.

Buku ini terdapat dalam koleksi Perpustakaan Cawangan Sandakan  dan anda boleh berhubung dengan kakitangan bertugas untuk pinjaman atau tempahan pinjaman. Sila lawati laman web Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Bagaimanapun, buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca dapat menjaga hati dari kegelisahan dan memelihara waktu dari kesia-siaan."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.