A- A A+

Panduan Mudah Menjaga Kereta

Penulis
Ahmad Hisham Rusti

Terbitan
Kuala Lumpur: Synergy Media. 268 muka surat.

Ulasan oleh Salianah Binti Sabrah, Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Sandakan

Penjagaan kereta bermula apabila anda memiliki kereta. Selain mengikut jadual penyelenggaraan, pemilik juga mesti peka dengan sebarang perubahan kenderaan. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kereta rosak dengan tiba-tiba dan menyebabkan kos pembaikan tinggi. Diantara komponen dan keperluan kereta yang memerlukan pemeriksaan dan penyelenggaraan secara berjadual adalah seperti minyak pelincir, penapis minyak, penapis udara, bahan pendingin, bateri, brek, tayar, cecair transmisi dan tali sawat. Sebarang perubahan seperti bunyi yang pelik daripada enjin dan brek memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut.

Menurut buku ini, penjagaan enjin kereta sangat penting bagi sesebuah kenderaan.  Paras minyak pelincir perlu diperiksa setiap dua minggu atau sebelum memulakan perjalanan jauh. Untuk mengelakkan kerosakan enjin sebelum masanya, pastikan paras minyak enjin sentiasa  berada di tahap optimum. Minyak pelincir perlu ditukar setiap 5,000 km atau setiap 3 bulan untuk perlindungan maksimum.

 Selain itu, pemeriksaan tayar sebelum memulakan perjalanan jauh atau sebulan sekali untuk keselamatan. Tayar perlu diperiksa lebih kerap jika selalu memandu di jalan yang berlubang, kotor atau kerap melakukan perjalanan jauh. Untuk tayar lebih tahan lama, ubah kedudukan tayar dari hadapan ke belakang dan sebaliknya, dan lakukan penjajaran tayar setiap 10,000 km. Tayar yang kurang tekanan angin boleh meningkatkan penggunaan petrol sehingga 10 peratus.  Brek kereta juga merupakan kompenen penting dalam sesebuah kenderaan.  Brek yang tidak berfungsi atau 'tidak makan' boleh membahayakan keselamatan dan boleh mengakibatkan kemalangan. Kadang-kadang brek didapati tidak bertindak balas, bergegar atau lambat bertindak balas, periksa dan tambah bendalir brek. Sebaik-baiknya, pemandu perlu segera menyedari apabila brek tidak berfungsi dengan baik. Pemandu mestilah selalu memastikan brek sentiasa dalam keadaan baik dengan sentiasa membuat pemeriksaan secara teratur.

Bateri juga perlu diperiksa paras airnya agar mencukupi. Jika paras air bateri, asid bertambah pekat dan akan menghakis plat bateri yang mengakibatkan bateri kereta cepat rosak.   Selain itu, bahagian dalaman dan luaran kereta perlu dibersihkan selalu daripada kotoran yang terkumpul agar senantiasa bersih.  Bahagian luar kereta yang dijaga rapi memberikan gambaran kereta tersebut diselenggara dengan baik dan meningkatkan nilai jualan semula kereta. Untuk mengelakkan permukaan besi mudah berkarat terutamanya pemandu yang tinggal berhampiran pantai, kereta perlu selalu dicuci, cermin depan perlu cuci dengan air yang bersih.

 Buku bertajuk Panduan Mudah Menjaga Kereta ini memberikan panduan bagaimana menjaga dan menyelenggara kereta tanpa membincangkan perkara yang terlalu teknikal. Tips mudah menjaga kereta juga turut disertakan dan siap untuk ditandakan.  Buku ini ditulis dengan gaya bahasa yang mudah difahami dan sesuai untuk semua golongan masyarakat khususnya kepada generasi muda yang selalu membawa kereta.  Banyak informasi yang berguna telah dikongsi dalam buku ini yang berkaitan dengan asas dan cara-cara penjagaan kereta anda.

 Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828  atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.