A- A A+

Panduan Menangani Masalah Jerawat

Penulis
Maria Dwikarya

Adaptasi
Ahmad Shukri Jamaludin

Terbitan
Kuala Lumpur :  Synergy Media.  53 muka surat.

Ulasan oleh Suzilin Malijung, Perpustakaan Cawangan UTC Sabah

Kulit wajah berbeza dengan kulit bahagian tubuh manusia yang lain. Ini kerana kulit wajah terdapat lebih banyak kelenjar lemak atau kelenjar sebum yang menghasilkan asid lemak bernama “sebum”. Dalam buku yang bertajuk ‘Panduan Menangani Masalah Jerawat’ ini mengupas tentang masalah yang sering dihadapi oleh golongan remaja. Turut diterangkan adalah jenis-jenis kulit wajah seperti kulit kering, berminyak, normal dan kombinasi.

Apakah Jerawat? Mengapa boleh tumbuhnya jerawat? Menurut penulis, terdapat empat faktor penyebab tumbuhnya jerawat iaitu seperti liang-liang roma kulit tersumbat oleh sebum yang berubah menjadi padat. Peningkatan pengeluaran sebum akibat pengaruh hormon, keadaan fizikal dan psikologi serta lubang kelenjar sebum tersumbat, aliran keluar sebum akan terhalang juga boleh menyebabkan jerawat bertumbuh. Faktor lain yang boleh menyebabkan jerawat bertumbuh ialah peningkatan populasi dan aktiviti Propionibacteri acnes kerana bakteria ini terdapat di bawah rongga kelenjar sebum dan memusnahkan lemak sebum. Selain itu, jerawat tumbuh juga disebabkan oleh radang akibat serangan sel darah putih ke sekitar kelenjar sebum yang terlindung dan akhirnya pecah.  Isi lemak sebum melimpah ke dalam jaringan kulit atau dermis dan dianggap benda asing sehingga mengundang serangan sel darah putih ke tempat tersebut.

Usaha-usaha pencegahan jerawat adalah kulit wajah harus selalu dibersihkan dan menghindari pemakaian alat kosmetik ketika tidur. Keperluan pembersihan bagi kulit kering berbeza dengan kulit berminyak atau kulit normal.  Membersihkan wajah pada petang hari berbeza dengan waktu pagi, dan pada waktu malam ketika hendak tidur, sebaiknya wajah tidak dihias dengan alat kosmetik bagi merehatkan kulit wajah.    Ini kerana biasanya pada waktu pagi muka didandan dengan sempurna, wajah akan penuh dengan kekotoran debu dan peluh yang bercampur dengan sisa-sisa kosmetik.

Dalam buku ini juga menerangkan cara-cara rawatan bagi masalah jerawat khususnya yang bermasalah.  Untuk mengetahui lebih lanjut lagi buku ini, sila dapatkan buku tersebut di Perpustakaan Negeri Sabah yang berdekatan dengan melayari laman sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 dan 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.