Select your language

MENGHADAPI ORANG BERMASALAH: 24 PENGAJARAN UNTUK MEMPERLIHATKAN YANG TERBAIK DALAM SEMUA ORANG

Penulis
KRSCHNER, RICK, LEO DAN ANN MEAN   

Terbitan
KUALA LUMPUR: MCGRAW-HILL, 2005. 49 MUKA SURAT.

 Ulasan oleh Rohani Tahir, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Lahad Datu

Sepertimana ada orang memperlihatkan yang terbaik dan yang terburuk dalam diri kita, kita pun dapat memperlihatkan yang terbaik dalam diri orang semasa mereka bertingkah paling buruk. Apa yang penting, bagaimana untuk memahami dan mencari kaedah yang paling sesuai berurusan dengan mereka.

Dalam hidup ini, kita pasti berjumpa pelbagai ragam manusia yang menyakitkan hati dan mencabar emosi. Orang yang bermasalah adalah orang yang kita tidak ingin dan sanggup untuk hadapi dan langsung tidak memerlukan apapun dari mereka. Dalam erti kata lain, kita tidak perlu menjadi mangsa mereka. Sudahnya, kita biarkan saja mereka dan cuba kurangkan interaksi serta menjauhi mereka, namun penyelesaian seperti ini selalunya tidak praktikal dan tidak sihat dalam realiti kehidupan. Suka atau tidak, kita tetap perlu bersua muka dengan mereka. Walaupun pada dasarnya kita tidak dapat mengubah orang yang bermasalah, namun kita masih dapat berkomunikasi dengan mereka supaya mereka dapat mengubah diri sendiri.

Buku ini menghuraikan empat bidang utama yang perlu diberi tumpuan bagi menyelesaikan masalah manusia. Bermula dari huraian tentang “10 jenis tingkah laku yang paling tidak diingini” sehinggalah bagaimana membina 'lensa' bagi memahami mengapa manusia bertindak begitu. Penulis turut memberi jalan penyelesaian untuk menghadapi orang bermasalah tentang bagaimana untuk memberi tumpuan kepada ikhtiar hidup melalui komunikasi yang baik.

Kita memang tidak dapat mengubah orang yang bermasalah, tetapi kita boleh berkomunikasi dengan mereka supaya mereka dapat mengubah diri, apa yang penting ialah cara berhubungan dengan mereka apabila mereka bertingkah laku buruk. Dalam buku ini, para penulis mengajak kita untuk tidak semata-mata mengelak atau bertahan dengan situasi, tetapi juga mempersiapkan diri dengan skil yang diperlukan dalam berhadapan dengan orang yang mencabar dalam hidup, kerana pada akhirnya, mengenali perhubungan sesama manusia juga akan membawa kita untuk memahami batasan emosi diri sendiri.

Buku ini ada dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Lahad Datu dan tidak boleh dipinjam (untuk rujukan sahaja). No. kelas : MAR 658.3045 BRI. Lokasi : Rak Buku Rujukan (Bahasa Melayu), Seksyen Sumber Maklumat & Digital, Aras 2. Sebarang pertanyaan, sila berjumpa dengan kakitangan yang bertugas di Kaunter Seksyen Sumber Maklumat & Digital, Perpustakaan Cawangan Lahad Datu atau hubungi talian 089-880276. Selain itu, anda juga boleh lawati laman sesawang kami di www.library.sabah.gov.my dan hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 bagi mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya bisa berpikir sama seperti semua orang." - Haruki Murakami

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.