Select your language

Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu

Penulis
Dr. Faridah Idris

Terbitan
Batu Caves, Selangor: PTS  Millennia Sdn. Bhd., 2013.  396  Muka Surat.

Ulasan oleh Fatmawati Lapida, Perpustakaan Desa Kg.Pasir Putih, Tawau

Susu ibu adalah makanan standard untuk setiap bayi yang dilahirkan ke dunia. Malangnya, tidak semua bayi dapat menikmatinya kerana bukan semua ibu berkeyakinan dengan keupayaan mereka memberikan susu ibu kepada bayi mereka.  Bagi mereka zaman penyusuan susu ibu adalah satu norma kehidupan yang sudah berlalu. Lebih-lebih lagi, penyusuan alternatif menjadi budaya yang diterima pakai secara meluas pada masa kini. Pengiklanan secara agresif di media massa tentang 'kebaikan' susu tiruan turut mengaburi keputusan ibu bapa untuk pemakanan bayi mereka. Justeru itu, tidak hairanlah statistik di Malaysia menunjukkan kurang 15% ibu berjaya menyusukan anak mereka secara eksklusif sehingga berumur 6 bulan.

Penulis berharap buku bertajuk Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu ini dapat memberi ilmu, panduan, dan langkah-langkah proaktif untuk semua ibu bapa membuat keputusan yang terbaik, iaitu dengan menyusukan anak mereka dan mengembalikan norma penyusuan susu ibu dalam masyarakat. Penulis telah mengambil pendekatan dengan mengguna pakai kajian-kajian ilmiah, pendapat-pendapat pakar dan menggabungkan dengan pelbagai pengalaman penyusuan daripada ibu-ibu menyusu untuk hasil yang berkesan dan sesuai untuk semua golongan. 

Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu asas penyusuan, penyusuan susu ibu dan ibu berkerjaya, dan cabaran penyusuan dan penyelesaiannya. Pada bahagian pertama, penulis telah memberikan maklumat tentang anatomi payudara dan fisiologi penyusuan. Bahagian ini penting untuk ibu bapa memahaminya supaya sebarang mitos yang tiada asasnya dapat difikirkan kembali berpandukan asas sains yang jitu. Dalam bahagian ini juga memberi panduan komprehensif kepada ibu-ibu berkerjaya tentang persediaan meneruskan penyusuan sebelum kembali bekerja.

Bahagian kedua pula iaitu cabaran penyusuan dan penyelesaianya meneliti tentang masalah umum yang biasa dihadapi oleh ibu menyusu serta cara menghindar dan mengatasi masalah tersebut. Dalam bahagian ini turut merangkumi penyusuan untuk bayi jaundis, penyusuan di tempat awam dan cara menangani komen negatif serta tekanan persekitaran.           

Pelukan, belaian dan usapan ibu melalui aktiviti penyusuan susu ibu sebenarnya mengalirkan kasih sayang sederas air susu ibu, yang mengalir dari payu dara ibu ke perut bayi merupakan anugerah daripada Tuhan yang maha esa. Pelbagai rahsia telah dikongsi melalui di buku ini. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi, sila berkunjung ke perpustakaan yang terdekat dengan anda  dengan melayari laman sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." (Joseph Addison).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.